HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Tag: rancang percutian hujung tahun

Sarapan satay di Muar..

Salam semua..

Hari Ahad lepas aku berkesempatan membawa famili aku bersarapan di Muar Bandar Maharani. Kedai yang menjadi pilihan kami pagi itu adalah Satay Warisan yang terletak berhadapan dengan Ibusawat Telekom Muar. Terdapat deretan kedai yang menjual satay, mee rebus, lontong dan soto Muar.

Seperti biasa kami memesan satay, selain itu aku memesan lontong sebagai juadah pembuka selera…memang sedap lontong yang dijual di sini, kena dengan selera tekak aku ahahaha…famili aku yang lain ada yang memesan mee rebus dan soto Muar. Alhamdulillah kenyang kami pagi itu.. apa tidaknya 134 cucuk satay kami makan ahaha…

Usai bersarapan kami sekeluarga ke Tanjong Mas yang terletak tidak jauh dari situ..

20151108_103900

Peace Bro!!.. Bakar bro jangan tak bakar!!

20151108_103924

Satay Warisan

Kuala Lumpur Bike Week (KLBW2014)

Salam semua..

Petang tadi aku sempat ke Kuala Lumpur Bike Week 2014. Aku tak keseorangan dan ditemani adik ipar aku yang kebetulan berada di Kuala Lumpur atas urusan kerjanya..
Event KLBW2014 ini merupakan event yg ke-7 dianjurkan oleh Red Garage sejak tahun 2008 lagi..kali ini KLBW2014 diadakan di Lanai Matics berdekatan dengan Saloma Bistro dan tidak jauh dari KLCC.

20141219_161108

KLCC

Aku sampai di tapak event lebih kurang jam 3.45ptg…jalan tidak berapa sesak dan aku parking kereta berdekatan dengan NZ Curry House. Kelihatan pengunjung juga sudah memenuhi tapak KLBW2014.

Aku dan adik ipar terus ke tapak booth yang menjual pelbagai barangan motorsikal, ada yang menjual parts, helmets, t-shirts dan pelbagai merchandise… ada juga booth yang mempamerkan motorsikal berkuasa tinggi berjenama Harley Davidson, Triumph, Moto Guzzi memang rambang mata laa…hehe…aku sempat sambar sehelai t-shirts KLBW2014.

2014-12-19 20.51.44

20141219_162102

image

image

image

image

Terdapat 2 bahagian…bahagian pertama di bahagian atas yang berdekatan dengan pintu gerbang KLBW2014 dan yang kedua pula di bahagian bawah yang menempatkan beberapa booth, iaitu booth Harley Davidson, Cleveland Cyclewerks, Abah n Son dan juga pentas utama. Di bahagian ini juga terdapat khemah besar yang menempatkan gerai-gerai makanan dan minuman betul-betul menghadap stage.. surau dan tandas juga terletak tidak jauh dari stage alhamdulillah..

image

image

image

image

image

Aku ke ruang legar yang luas di hadapan pentas utama dan di situ juga aku lihat deretan motorsikal berkuasa tinggi dari pelbagai jenis dan jenama tidak kurang juga customs..

image

image

image

image

image

20141219_162341

Sempat juga aku snap gambar orang kuat KLBW2014, siapa lagi kalau bukan Eddy Red Garage hehe..

20141219_171001

 

Aku juga sempat menonton persembahan gendang yang dipersembahkan oleh sahabat-sahabat dari Brunei…terhibur aku ahahaha..

image

image

image

image

20141219_170740

Aku pulang jam 5.30ptg aku lihat kereta sudah bertali-arus sepanjang Jalan Ampang… So bagi penggemar motorsikal berkuasa tinggi boleh laa ke KLBW2014 untuk cuci-cuci mata melihat pelbagai jenis motorsikal berkuasa besar dan customs!
Event ini bermula hari ini 19hb Disember hingga 20hb Disember 2014…jangan lepaskan peluang ini!! Bawa famili berkunjung ke KLBW2014…pasti ada yang tertunggu-tunggu event seperti ini, next year mungkin ada kelainan yang bakal ditampilkan…yang pasti KLBW2014 memang awesome!!!

Tumpuan Penggemar Fabrik

Salam..

Semalam 17 Disember 2014 aku dan famili meluangkan masa berjalan-jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Tempat yang tidak asing lagi bagi penggemar fabrik dan pelbagai jenis baju, kelengkapan solat dan hiasan dalaman rumah.
image

Tujuan aku ke Jalan TAR untuk mencari kain flannel untuk projek terbaharu kami untuk tahun 2015 in sha Allah. Kain flannel nih adalah sejenis fabrik yang tak panas bile dipakai. Orang pun tak ramai dan tak sesak jika pergi waktu weekend ataupun musim perayaan. Sepanjang Jalan TAR nih memang banyak deretan kedai-kedai dan gedung-gedung yang menjual kain dan baju di kiri dan kanan jalan.
image

image

Lokasi  ataupun kedai yang pertama kami kunjungi adalah Nagoya Textiles. Sesampainya kami di pintu masuk kedai, aku bertanya kepada salah seorang jurujual di situ tentang kain flannel. Beliau meminta kami naik ke tingkat 2 dan kami ke sudut sebelah belakang dan terdapat pelbagai corak kain flannel yang dijual pada harga RM5.50 semeter. Tapi aku dan isteri tidak terus beli, kami ingin survey dulu harga di kedai lain. Kedai kedua kami pergi adalah Kamdar, juga kami ke tingkat dua kedai tersebut tapi kali ini pilihan tiada langsung dan harga pun berbeza dengan kedai sebelum ini.
image

Seterusnya kami ke Jalan Masjid India, kali ini kami ke Jakel. Besar juga gedung Jakel nih, ketika kaki melangkah masuk kami disambut dengan senyuman jurujual dan aku terus bertanya “kain flannel ada jual tak?”… jurujual tersebut meminta kami ke tingkat 2 gedung Jakel. Kali ini pilihan agak banyak dan harga pula RM5.50 semeter sama seperti di Nagoya Textiles. Setelah melihat corak-corak yang dipamerkan aku dan isteri memilih corak yang berkenan dihati. Kami beli 2 meter kain flannel tersebut. Setelah membayar di kaunter aku dan famili turun ke tingkat 1. Di tingkat satu ini aku perhatikan ada dijual pelbagai corak terkini kain dan juga sampin. Sampin ini pula corak-coraknya adalah seperti songket Terengganu, jadi aku bertanyakan pada jurujual di situ adakah ianya songket Terengganu. Beliau beritahu bahawa songket tersebut bukan tenunan Terengganu tapi dari India. Harga pula sudah diskaun dari RM1+++ ke RM399! Cantik juga aku tengok coraknya… Aku sempat juga sambar sehelai Jubah lengan panjang yang dijual pada harga RM75 setelah diskaun 50%.
image

image

image

image

Perut juga sudah lapar, kami singgah makan di gerai yang menjual makanan nasi campur tidak jauh dari Jakel dan masih lagi di Jalan Masjid India.
image

image

image

Jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari, kami ke Masjid India pula untuk menunaikan solat Zohor berjamaah. Tak jauh berbeza Masjid India dahulu dengan sekarang, cuma perkarangan masjid tersebut sudah ada Bazaar di bahagian hadapan masjid yang menempatkan banyak gerai-gerai kecil menjual pelbagai barangan. Sewaktu aku sampai di perkarangan masjid, azan baru sahaja berkumandang dan aku pun mengambil wudhuk lalu naik ke tingkat satu yang menempatkan dewan sembahyang untuk lelaki. Isteri aku dan anak-anak naik ke tingkat dua iaitu ruangan solat untuk wanita. Aku lihat ramai jemaah yang solat Zohor di masjid ini macam solat Jumaat pula..ALHAMDULILLAH…
image

image

image

Usai menunaikan solat Zohor aku dan famili meninjau deretan kedai di hadapan Masjid yang menjual buku-buku agama, pakaian solat seperti telekung, kopiah, ketayap, songkok dan juga baju melayu serta Kurta. Hajat di hati nak belek-belek kurta jika ada yang berkenan nak juga sambar sehelai jika kene dengan harganya. Tapi tiada pula yang berkenan dihati ni.
image

image

image

image

Setelah itu kami berjalan pulang ke Jalan Tuanku Abdul Rahman menyusuri deretan kedai-kedai kain yang kami lalu awal tadi. Agak jauh juga kami berjalan kaki.. kami singgah di satu kedai makan Capital Cafe yang berhadapan dengan pusat membeli-belah SOGO. Capital Cafe ini menjual makanan Nasi Padang, Rojak Mamak dan masakan panas seperti mee goreng, nasi goreng dan sebagainya. Kami memesan rojak sotong dan teh tarik.
image

image

Destinasi kami seterusnya apa lagi jika bukan SOGO…tatarias rias dalaman dan luaran SOGO kali ini bertemakan Krismas…di raung legar berdirinya pokok Krismas yang dihias dengan pelbagai hiasana. Kami window shopping saja….Alhamdulillah.. penat memang penat…tapi enjoy…kami pulang lebih kurang jam 4.00 petang…
image

image

image

image

Jalan-jalan mengenal SEJARAH…

Salam..

Alhamdulillah aku berkesempatan membawa famili aku berjalan-jalan ke MUZIUM NEGARA hari nih.. Aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 10.30pagi dan sampai di perkarangan Muzium Negara lebih kurang jam 11.15pagi.. parking agak penuh walaupun hari nih hari berkerja..

Destinasi pertama kami adalah Muzium Seni Kraf Orang Asli yang terletak berdekatan dengan kawasan parking.. Masuk sahaja entrance muzium tersebut kami disambut oleh petugas muzium yang ramah dan meminta aku menulis nama aku dalam buku pelawat. Anak-anak aku kelihatan excited melihat pameran patung-patung, hasil kraftangan dan gambar-gambar orang asli di Malaysia..
image

image

image

image

Setelah itu kami ke bahagian atas bangunan yang menempatkan Muzium Etnologi Dunia Melayu. Di sini kita boleh melihat sejarah, peradaban, seni kraf, teknologi, kebudayaan dan kegemilangan orang Melayu itu sendiri.
Aku tertarik dengan satu sudut yang memaparkan tentang orang Melayu dahulu dengan Pelayaran. Orang Melayu dahulu merupakan pelayar, berdagang ke seluruh pelusuk Nusantara dan luar dari jajahan Nusantara ataupun nama lainnya Archipelago.
image

image

image

Kita biasa mendengar serangkap pantun yang berbunyi:

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Daripada pantun tersebut kita boleh melihat betapa sinonimnya orang Melayu dahulu dengan pelayaran. Ade maksud tersirat dalam pantun tersebut, kenapa pisang emas bukan pisang tanduk…kenapa masak sebiji di atas peti…hehehe…

Di satu sudut lain pula, aku lihat dipamerkan senjata orang Melayu yang tidak asing lagi Keris. Pelbagai jenis keris dipamerkan, ada keris panjang, keris pendek, keris Bali dan bagaimana pembuatan keris juga dipertontonkan. Setiap keris tersebut mempunyai identiti dan ukirannya tersendiri…begitu halus dan teliti sekali ukirannya..
image

image

image

image

image

Aku kemudian ke sudut pameran kraftangan orang Melayu dan permainan tradisional serta peralatan dapur. Memang tradisi dan hasil kerjatangan orang Melayu ini begitu seni dan teliti. Jatidiri sebagai Melayu dizahirkan dalam bentuk ukiran yang indah dan kemahiran yang tinggi!

image

image

image

image

image

image

Sudut pameran peralatan dapur dan tembikar:

image

Sudut pameran permainan tradisional Melayu:

image

image

image

image

Antara jenis-jenis congkak yang dipamerkan:

image

image

image

Sejam lebih juga masa aku luangkan di Muzium Etnologi Dunia Melayu ni. Banyak juga input yang aku perolehi dan mengenal jatidiri Melayu itu sendiri penuh dengan kesenian dan teknologi serta kepakaran.
Setelah itu aku dan famili ke Muzium Negara pula. Tiket masuk dijual pada harga RM2 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun adalah percuma untuk masuk.

Muzium Negara ini 2 tingkat dan setiap tingkat mempunyai galeri pameran yang berlainan bermula daripada zaman pra sejarah, zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajah, zaman komunis, hinggalah zaman sekarang. Sehari suntuk aku habiskan masa aku di Muzium..bila aku tanya anak-anak aku mereka cukup gembira melihat pameran yang pelbagai…walaupun mereka kurang faham apa yang dipamerkan tapi aku dan isteri terangkan satu persatu apa yang mereka lihat. Seronok juga mereka berlari-lari dalam muzium tu hehehe…

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sepertinya aku dan famili belajar Sejarah hari ini.. terlalu banyak input cuba di garap dalam tempoh yang aku kira singkat walaupun aku rasa hampir setengah hari masa aku dan famili dihabiskan di Muzium Negara.
Akhir kata.. hidup ini jangan terlalu memandang ke hadapan tetapi luangkan juga masa untuk melihat ke belakang sebentar untuk melihat dan tahu siapa kita?

Escapades de Hard Rock Hotel Penang

IMG_20131003_151045

Ikan patin masak tempoyak

Cuti dah approved, destinasi percutian pon dah confirmed..pada 3 haribulan Oktober, aku dan famili bertolak ke Utara tanahair dan destinasi percutian kali ini adalah Pulau Pinang ataupun nama lainnya Pulau Mutiara. Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 11.30 pagi melalui lebuhraya Utara Selatan PLUS, kami berhenti untuk solat dan makan tengahari

IMG_20131003_164917

Jambatan Pulau Pinang

di Hentian Sungai Perak. Perjalanan kemudian diteruskan dan kami tiba di tol Juru lebih kurang pukul 4.45 petang. Tanpa membuang masa kami teruskan perjalanan ke bahagian pulau menggunakan jambatan Pulau Pinang sepanjang 13km, plan kami nak naik Bukit Bendera petang tu, tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan jadi kami terus ke Batu Feringghi untuk check in Hotel dulu.

 

Penginapan untuk percutian kali ini, kami pilih Hard Rock Hotel! Sampai sahaja diperkarangan lobby hotel kami disambut dengan keramahan staff dan receptionist yang tak lekang dengan senyuman manisss…sementara menunggu urusan check in settle kami dihidangkan dengan 2 gelas air sparkling orange hehehe….hilang penat aku travel jauh dari KL..anak-anak aku dah excited nak mandi kolam hahaha…untuk bilik penginapan kami pilih Seaview Deluxe yang menghadap laut. Aku punggah semua luggage dan naik bilik yang terletak di tingkat 2. Masuk sahaja bilik perghhh memang cunn laa bilik nampak 5 stars die..memang sangat puas hati!!…

20131003_182031

Security card untuk keluar masuk bilik..

Katil besar deluxe

Katil besar deluxe

Set audio dan video

Set audio dan video

Bilik air yang cantik

Bilik air yang cantik

Kudap-kudapan, teh dan nescafe instant...

Kudap-kudapan, teh dan nescafe instant…

Meja tulis juga ada

Meja tulis juga ada

isteri aku dan anak-anak tersenyum gumbiraa…tanpa membuang masa aku dan famili salin baju untuk mandi kolam kat bawah, yang menariknya ade playground plak kat kolam tuu..macam mini theme park laa sebab ade gelungsur, air pancut dan water cannon…ok laa..anak-anak aku dah tak sabar nak terjun kolam dah hahaha..

Hard Rock Hotel Penang Seaview

Hard Rock Hotel Penang Seaview

Seronok si Sakinah dan Balqis main air

Seronok si Sakinah dan Balqis main air

Gaya si Balqis hahah

Gaya si Balqis hahah

kami sempat ke pantai Batu Ferringghi yang terletak tak jauh dari perkarangan HRH Penang untuk menikmati sunset..sempat jugak aku naik kuda dengan Balqis..bayarlaa RM40 untuk satu round jadilaaa…setelah itu aku dan isteri serta anak-anak pon naik balik bilik hotel untuk mandi dan bersiap untuk dinner.

Sunset di Batu Feringghi

Sunset di Batu Feringghi

Naik kuda..tak pernah-pernah..

Naik kuda..tak pernah-pernah..

Malam di HRH Penang

Malam di HRH Penang

Kolam renang yang di sinari lampu spotlight indah sungguh..hehehe

Kolam renang yang di sinari lampu spotlight indah sungguh..hehehe

Tatarias ruang lobby yang ROCK!!hahaha

Tatarias ruang lobby yang ROCK!!hahaha

Hard Rock Hotel Penang at night!!

Hard Rock Hotel Penang at night!!

Untuk dinner malam tu kami ke Pekan Batu Feringghi yang terletak tidak jauh dari HRH. Kami memilih untuk singgah makan di salah satu kedai makan di tepi Jalan yang menghadap Holiday Inn. Menu kami malam tu apalagi kalo bukan Char Koay Teow, Koay Teow goreng dan ada plak pizza untuk anak aku si Balqis..Sakinah semua dia makan tak macam kak long die..

Char Koay Teow BM

Char Koay Teow BM

Pizza untuk Balqis..

Pizza untuk Balqis..

Selesai dinner kami ke Night Market yang terletak di sepanjang jalan Batu Ferringghi..macam-macam ada dijual di Night Market nih, daripada baju, cenderahati, hinggalah ke perhiasan dalaman rumah semua ada di sini. Memang rambang mata aku sat..kami jugak sempat naik beca satu round dan on the way balik hujan plak nasib baik beca tu ade bumbung cuma basah sketlaa…kami suruh brader penarik beca tuu turunkan kami kat kereta dan setelah memberikan 4 keping not merah kami pon pulang ke HRH. Hujan pon agak lebat so kami naik bilik tukar persalinan tidur dan sedar-sedar dah subuh dah…selesai solat subuh aku lepak kat balkoni menikmati suasanan pagi di HRH Penang hehe..

Night at Batu Feringghi

Night at Batu Feringghi

20131003_222726

Naik beca seround..kuat btol abang penarek beca kat belakang tuuu…

Lebih kurang pukul 8.30 pagi kami turun untuk bersarapan pagi di cafe HRH..juadah memang pelbagai..daripada Nasi Lemak, Char Koay Teow hinggalah ke Western Food sume aku belasah..tapi takdelaa semua, orang cakap secukup rasa jer..hehehe.

Sarapan pagi di HRH yummiee

Sarapan pagi di HRH yummiee

Balqis oo Balqis...hmmm

Balqis oo Balqis…hmmm

Macam sedap jer wife aku amik tuu

Macam sedap jer wife aku amik tuu

Perut pon dah kenyang kami ke kolam untuk acara renang..sampai je kat kolam ramai dah orang rata-rata ramai yang bawak famili bercuti di HRH nih..ramai jugak pelancong asing yang menginap di sini mungkin sebab courtesy dan layanan yang tip top daripada pihak HRH Penang..Selesai sahaja breakfast anak-anak aku dah standby nak terjun kolam renang dah..berlari depa nak terjun kolam..Ade 2 bahagian kolam yang disediakan oleh HRH Penang untuk kemudahan pengunjung, satu bahagian yang cetek untuk kanak-kanak skali dengan mini theme park yang lagi satu agak dalam untuk orang dewasa tapi takde la dalam mana cuma 1.4m je..hehehe..setelah dekat 2 jam berendam dalam kolam kami pon naik untuk mandi dan salin pakaian. Setelah itu, kami turun untuk ke George Town tapi sebelum tu sempat shopping kat Rock Shop yang terletak tidak jauh dari parking hotel…

Rock Shop @HRH Penang

Rock Shop @HRH Penang

Banyak betul pilihan t-shirts dan cenderahati kat Rock Shop nih..

Banyak betul pilihan t-shirts dan cenderahati kat Rock Shop nih..

Dekat 45minit juga perjalanan dr Batu Feringghi ke George Town tuu..sampai sahaja kami terus ke mana lagi kalo bukan Chowrasta..perut pun dah lapar kami pekena dulu nasik kandaq Line Clear yang terletak di lorong antara deretan kedai yang menjual pelbagai souvenir dan juga jeruk..

Line Clear makan nasik kandaq!!...

Line Clear makan nasik kandaq!!…

Pelbagai lauk-pauk terhidang..korang tinggal tunjuk je nak ape..

Pelbagai lauk-pauk terhidang..korang tinggal tunjuk je nak ape..

Perot pun dah kenyang kami pun mulakan misi untuk membeli jeruk dan juga souvenir untuk dibawa pulang ke KL…Kedai yang kami sempat singgah untuk membeli jeruk ialah Kedai Jeruk Madu Pak Ali..dan banyak jugalah souvenirs yang dibeli berupa t-shirts, kain batik dan juga cenderahati. Tak menang tangan aku dibuatnya..sekali-sekala berkunjung ke Pulau Mutiara nih tak sah kalo tak bawak balik jerok dan buah pala yer tak??Kami juga sempat berjalan-jalan sampai ke Komtar, jauh gak kami berjalan kaki tapi tak terasa sebab happy jer hahaha…Kami balik hotel dah nak Maghrib..ingatkan malam tu nak jenjalan kat Gurney Drive sambil menikmati angin malam, tapi apakan daya badan nih letih sangat lepas solat terus tertidoq sampailaa subuh…

Jerok Madu Pak Ali yang menarik perhatian aku...

Jerok Madu Pak Ali yang menarik perhatian aku…

Pelbagai pilihan t-shirts Penang untuk dibeli..

Pelbagai pilihan t-shirts Penang untuk dibeli..

Pintu Gerbang..

Pintu Gerbang..

Serperti biasalah...

Serperti biasalah…

Apelah yang ditenugnkan tuuu...hehehe

Apelah yang ditenugnkan tuuu…hehehe

Salah satu kedai cenderahati..macam-macam adaaaa

Salah satu kedai cenderahati..macam-macam adaaaa

Pilih jangan tak pilih...

Pilih jangan tak pilih…

Komtar dari kejauhannn...

Komtar dari kejauhannn…

Keesokan selepas sarapan kami checked out dan destinasi seterusnya ialah Street Arts Penang yang terletak di sepanjang Ah Quee street, Armenian Street dan Cannon Street. Memang sangat menarik dan lain daripada yang lain dan hanya terdapat hanya di Pulau Pinang!! Aku sempat snap gambo kenang-kenangan banyak gak laa aku snap hahaha..ramai gak laa pengunjung ke Street Arts Penang nih rata-rata pelancong asing ada juga yang berbasikal sebab kat situ memang ade kedai sewa basikal..dan lagi satu Penang nih bandar yang mesra basikal sebab ade disediakan lane untuk berbasikal.

Kami sudaa sampai untuk saksikan Mural on the wall

Kami sudaa sampai untuk saksikan Mural on the wall

Mural burung hantuuu...

Mural burung hantuuu…

Cannon Square

Cannon Square

The big cat on the wall

The big cat on the wall

Gaya mutu keunggulan si Balqis dan Sakinah..

Gaya mutu keunggulan si Balqis dan Sakinah..

Balqis dan Sakinah berposing..

Balqis dan Sakinah berposing..

Berlatarbelakangkan mural singa

Berlatarbelakangkan mural singa

Kedai sewa basikal..

Kedai sewa basikal..

Masjid Melayu Leboh Acheh

Masjid Melayu Leboh Acheh

other side od the Leboh Acheh Mosque

other side od the Leboh Acheh Mosque

Sejam di situ, kami kembali ke kereta dan destinasi kami selepas itu adalah Bukit Bendera. Tak lengkap rasanya kalo berkunjung ke Penang tak naik BB. Sesampai kami di entrance Bukit Bendera, aku perhatikan dah banyak berubah Bukit Bendera nih compared 15 tahun yang lepas aku naik BB, kaunter bayaran pon dah lain, tren pon dah baharu dan pelbagai lagi kemudahan disediakan dekat stesen bawah BB tuu..Aku pun terus beratur untuk beli tiket dan ade diskaun jika kita tunjuk MyKad or MyKid..dah beli tiket apalagi pergi la beratur untuk naik train..perghh punyalah ramai manusia weekend tuu menyesal aku tak naik first day aku touched down Penang! Lebih kurang 15min menunggu train pon sampai tudiaa berpusu-pusu orang naik train aku dan famili memang tak dapat la tempat duduk so kiteorang berdirilah, aku dukung Sakinah dari bawah sampai laa atas..sampai sahaja kat stesen atas, turun sahaja daripada train aku pon snap gambo Penang dari atas BB, so nampaklaa sebahagian bandar Penang dan juga Penang Bridge dari kejauhan..Semasa kami melangkah keluar dari stesen atas tu hujang turun dengan lebatnya so tanpa membuang masa aku dan famili pon beratur laa balik kali nak untuk turun plak..memang tak dan nak berjalan-jalan kat BB tu disebabkan hujan..memang kami sampai tadi dah mendung dah..hehehe..saje nak meghase naik train BB takpelaa..

Pemandangan dari atas Bukit Bendera

Pemandangan dari atas Bukit Bendera

Sampai sahaja di stesen bawah kami pon carik surau untuk solat, selesai solat perot pon dan lapar kami ke George Town balik untuk pekena Sup Kambing bersama roti buku di restoran Sup Hameed yang terletak berdekatan dengan Hotel Cititel..

Restoran Sup Hameed

Restoran Sup Hameed

Pelbagai menu sup...

Pelbagai menu sup…

Hujan makin lebat di luar, plan aku nak pulang ke KL petang hari tu jugak tapi kami stay satu malam lagi dan kami ke Batu Feringghi balik petang tu. On the way ke Batu Feringghi kami singgah kat USM Penang..melawat tempat wife aku mengaji mase matriks dolu-dolu hehehe..banyak gak kenangan kat sini..Bapak aku pon graduate kat sini gak dulu..

Dewan USM

Dewan USM

Masjid dan Pusat Islam USM

Masjid dan Pusat Islam USM

Malam tu kami sempat lagi ke Night Market untuk shopping souvenir hehehe…saje jenjalan sebab hari tu tak puas sebab terpakse balik awal disebabkan hujan..so kali ni repeat balik…

Pelbagai jenis baju...

Pelbagai jenis baju…

Jalan-jalan kopak duit

Jalan-jalan kopak duit

Jom ronda-ronda Night Market

Jom ronda-ronda Night Market

Kedai makan yang lain daripada ayam pon die

Kedai jual air buah-buahan..layan gak!!

20131005_231839

Pelbagai design untutk perhiasan rumah

Keesokkan harinya kami bergerak pulang ke KL, percutian yang menarik insyaAllah akhir tahun nih kami akan ke Pantai Timor plak..ooppss tak abes lagi…on the way balik ke KL kami sempat singgah Kuala Kangsar untuk menikmati Laksa Kuale dan Cendol..lepas tu bawak plak anak-anak anak aku pi main kat taman permainan yang berdekatan dengan Sungai Kuala Kansar…Perjalanan diteruskan ke KL dan kami sampai di KL lebih kurang pukul 5.30ptg..penat tapi PUAS!!

Singgah Kuala Kangsar

Exit Kuala Kangsar

20131006_121636

Pintu gerbang yang mengalukan kedatangan kami ke Kuale..

Gerai yang kami pilih untuk ghase laksa dan cendol Kuale..

Gerai yang kami pilih untuk ghase laksa dan cendol Kuale..

Laksa Kuale dan telor goreng

Laksa Kuale dan telor goreng

Jambatan besi..

Jambatan besi..

Nak ke taman permainan di seberang sungai

Nak ke taman permainan di seberang sungai

Kinah main jongkang jongket

Kinah main jongkang jongket

Mian buai plak..

Mian buai plak..

20131006_131215

Berlatarbelakangkan Sungai Kuale..

 

 

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑