HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Tag: motorsikal harley davidson sewa

BOOK YOUR BIKE NOW!!

RENTHD2

KLEZBIKE Delivery @HDPJ

Salam

Terima kasih kami dari team KLEZBIKE ucapkan kepada tuan-tuan yang SEWA MOTORSIKAL HARLEY DAVIDSON. Kali ini 4 buah motorsikal Harley Davidson yang terdiri daripada model Sportster Iron883, Dyna Superglide, Fatbob dan Streetglide  dilamar oleh 4 orang jejaka kacak dan salah seorang daripada mereka adalah warga Korea yang berkerja di sini.

Daripada perbualan aku, mereka ini adalah tenaga kerja di Bahagian R&D disalah sebuah kilang di Rawang. Masing-masing memiliki motorsikal berkuasa besar berjenama Kawasaki dan Ducati. Mereka akan ride ke Ipoh untuk menikmati NASI GANJA dan MEE UDANG. Safe ride u ollss…

klezbike_2

klezbike_1

klezbike_3

GENTLEMEN START YOUR ENGINE!!

Untuk maklumat lanjut berkenaan sewa Harley Davidson, boleh hubungi talian +6016-666 5859 atau layari website kami di www.klezbike.com.

Rancang percutian hujung tahun…

Salam..

November tinggal lagi kurang lebih beberapa hari sebelum kita menginjak ke tahun 2015.. pasti ramai antara kalian yang merancang menghabiskan cuti tahunan anda untuk melancong bersendirian ataupun bersama famili.. Bajet menjadi keutamaan bagi mereka yang ingin melancong di dalam negara apatah lagi ke luar negara… Bagi yang bajet untuk menghabiskan cuti anda di dalam negara..banyak destinasi-destinasi yang tersedia untuk dikunjungi..

Dari Selatan hingga ke Utara, Sabah dan Sarawak.. banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah untuk di lawati oleh anda..tidak perlu berbelanja lebih untuk ke luar negara jika di Malaysia tanahair kita ini pun sudah memadai dengan tempat-tempat yang mempersona, damai dan jauh daripada hiruk-pikuk bandaraya!!… tidak perlu aku terangkan details kat sini..jika anda perlukan kenderaan sepanjang percutian anda..anda tidak perlu susah-payah kerana banyak sahaja kenderaan-kenderaan sewa yang boleh anda sewa yang memenuhi bajet anda!

Antaranya anda boleh lihat di SINI…. cukup mudah!! Harga juga berpatutan…no hassle!!

laut

 

IMG_20141024_124509

 

 

 

PROMO KLEZBIKE 2014

 

10557371_326305430869389_3918070760222508605_n

IMG-20140801-WA0005

Contact us to rent a Harley Davidson bike or you can visit our website www.klezbike.com

engine

 

 

 

 

 

 

 

collage_20140803111945719

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KLezbike…

Salam..

Semalam aku deliver motor sewa Harley Davidson model XR1200 untuk disewa oleh expatriate dr Swiss.. Mr Urs pernah sewa XR1200 sebelum ini..dan dia berpuas hati dengan servis yang KLezbike tawarkan!! Kali ini beliau sewa untuk adik perempuan beliau untuk ronda Kotaraya Kuala Lumpur selama 6 hari…

Pertemuan singkat aku dan Mr. Urs sempat aku snap gambar posing dengan motor KLezbike… nyata beliau senang dan berpuas hati yang diterbitkan daripada senyuman beliau hahaha… ayat takleh blah!!

Jika anda ingin merasa deruman dan getaran enjin berkuasa besar Harley Davidson, kalian boleh hubungi admin di talian +6016-6665859!!

Thumbs up utk KLezbike hahah

Thumbs up utk KLezbike hahah

Breakfast Ride Roti Canai Ikan Pari

Salam semua…

Pernahkah anda merasa roti canai cecah asam pedas ikan pari?? Memang rare dan hanya ada di Melaka Bandaraya Bersejarah haha.. Pelik tapi bener… tapi sekali cuba terangkat beb! first time aku makan roti ngn asam pedas ikan kari kalo tak biasenyer cecah kuah dal takpon kari, ape-ape jenis kari laa.. dengan rase ikan yang “well-cooked” dan ditambah pula dengan rase ikan yang fresh membuatkan berbaloi-baloi aku ridee kude hitam aku Iron883 dari Maluri ke Melaka..

Aku bertolak dari Maluri pukul 7.00 pagi, dan berkumpul di Tol Bangi seperti yang dijanjikan tepat jam 7.15 pagi aku sampai sebab janji dengan member jam 7.30 pagi kat sana. Kami bertolak dari tol Bangi lebih kurang jam 8.00 pagi melalui lebuhraya Plus arah selatan menuju ke Ayer Keroh Melaka. Alhamdulillah cuaca pagi itu cerah dan nyaman sekali, kereta pon tak banyak pepagi hari nih yelaa weekend mane ade banyak kete sangat.. Kami berhenti untuk isi minyak di Hentian Ayer Keroh dan meneruskan perjalanan ke Melaka dan kami tiba di Exit Ayer Keroh lebih kurang jam 9.15 pagi.. trip kali ini diketuai oleh Tuan Shafie Bustan yang juga anak kelahiran Melaka so tak jadik masalah sebab mmg die otai jalan-jalan kat Melaka tuu..Pada mula destinasi kami adalah ke Medan Selera Limbungan.

Sesampainyer kami di sana,  tutup plak kedai roti canai tuu, so pie bawak la kami ke kedai tepi jalan yang juga menyajikan menu yang sama tidak jauh dari medan selera tuh..tudiaa punyelah ramai orang fullhouse gerai roti canai tuu…setelah mendapatkan meja kami pun memesan menu utama iaitu roti canai kuah asam pedas pari, sotong masak sambal, dan kuah kari ikan siakap…perghh memang kaww…

Memang putus orang datang ke gerai tu pagi tuu…ade saja customer datang yang tua, yang mude-mudi ade yang bawak famili menikmati sarapan roti canai di gerai tuu…setelah lepak lebih kurang sejam kat gerai itu kami pon berangkat pulang ke KL. Aku sampai di Maluri lebih kurang pukul 12.15PM dan mengambil mase perjalanan lebih kurang sejam 15 min sahaja..

IMG-20140513-WA0016 IMG-20140513-WA0015

IMG-20140513-WA0009 IMG-20140513-WA0012

IMG-20140513-WA0011

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑