HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Tag: Malaysia

Jalan-jalan mengenal SEJARAH…

Salam..

Alhamdulillah aku berkesempatan membawa famili aku berjalan-jalan ke MUZIUM NEGARA hari nih.. Aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 10.30pagi dan sampai di perkarangan Muzium Negara lebih kurang jam 11.15pagi.. parking agak penuh walaupun hari nih hari berkerja..

Destinasi pertama kami adalah Muzium Seni Kraf Orang Asli yang terletak berdekatan dengan kawasan parking.. Masuk sahaja entrance muzium tersebut kami disambut oleh petugas muzium yang ramah dan meminta aku menulis nama aku dalam buku pelawat. Anak-anak aku kelihatan excited melihat pameran patung-patung, hasil kraftangan dan gambar-gambar orang asli di Malaysia..
image

image

image

image

Setelah itu kami ke bahagian atas bangunan yang menempatkan Muzium Etnologi Dunia Melayu. Di sini kita boleh melihat sejarah, peradaban, seni kraf, teknologi, kebudayaan dan kegemilangan orang Melayu itu sendiri.
Aku tertarik dengan satu sudut yang memaparkan tentang orang Melayu dahulu dengan Pelayaran. Orang Melayu dahulu merupakan pelayar, berdagang ke seluruh pelusuk Nusantara dan luar dari jajahan Nusantara ataupun nama lainnya Archipelago.
image

image

image

Kita biasa mendengar serangkap pantun yang berbunyi:

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Daripada pantun tersebut kita boleh melihat betapa sinonimnya orang Melayu dahulu dengan pelayaran. Ade maksud tersirat dalam pantun tersebut, kenapa pisang emas bukan pisang tanduk…kenapa masak sebiji di atas peti…hehehe…

Di satu sudut lain pula, aku lihat dipamerkan senjata orang Melayu yang tidak asing lagi Keris. Pelbagai jenis keris dipamerkan, ada keris panjang, keris pendek, keris Bali dan bagaimana pembuatan keris juga dipertontonkan. Setiap keris tersebut mempunyai identiti dan ukirannya tersendiri…begitu halus dan teliti sekali ukirannya..
image

image

image

image

image

Aku kemudian ke sudut pameran kraftangan orang Melayu dan permainan tradisional serta peralatan dapur. Memang tradisi dan hasil kerjatangan orang Melayu ini begitu seni dan teliti. Jatidiri sebagai Melayu dizahirkan dalam bentuk ukiran yang indah dan kemahiran yang tinggi!

image

image

image

image

image

image

Sudut pameran peralatan dapur dan tembikar:

image

Sudut pameran permainan tradisional Melayu:

image

image

image

image

Antara jenis-jenis congkak yang dipamerkan:

image

image

image

Sejam lebih juga masa aku luangkan di Muzium Etnologi Dunia Melayu ni. Banyak juga input yang aku perolehi dan mengenal jatidiri Melayu itu sendiri penuh dengan kesenian dan teknologi serta kepakaran.
Setelah itu aku dan famili ke Muzium Negara pula. Tiket masuk dijual pada harga RM2 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun adalah percuma untuk masuk.

Muzium Negara ini 2 tingkat dan setiap tingkat mempunyai galeri pameran yang berlainan bermula daripada zaman pra sejarah, zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajah, zaman komunis, hinggalah zaman sekarang. Sehari suntuk aku habiskan masa aku di Muzium..bila aku tanya anak-anak aku mereka cukup gembira melihat pameran yang pelbagai…walaupun mereka kurang faham apa yang dipamerkan tapi aku dan isteri terangkan satu persatu apa yang mereka lihat. Seronok juga mereka berlari-lari dalam muzium tu hehehe…

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sepertinya aku dan famili belajar Sejarah hari ini.. terlalu banyak input cuba di garap dalam tempoh yang aku kira singkat walaupun aku rasa hampir setengah hari masa aku dan famili dihabiskan di Muzium Negara.
Akhir kata.. hidup ini jangan terlalu memandang ke hadapan tetapi luangkan juga masa untuk melihat ke belakang sebentar untuk melihat dan tahu siapa kita?

Escapades de Hard Rock Hotel Penang

IMG_20131003_151045

Ikan patin masak tempoyak

Cuti dah approved, destinasi percutian pon dah confirmed..pada 3 haribulan Oktober, aku dan famili bertolak ke Utara tanahair dan destinasi percutian kali ini adalah Pulau Pinang ataupun nama lainnya Pulau Mutiara. Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 11.30 pagi melalui lebuhraya Utara Selatan PLUS, kami berhenti untuk solat dan makan tengahari

IMG_20131003_164917

Jambatan Pulau Pinang

di Hentian Sungai Perak. Perjalanan kemudian diteruskan dan kami tiba di tol Juru lebih kurang pukul 4.45 petang. Tanpa membuang masa kami teruskan perjalanan ke bahagian pulau menggunakan jambatan Pulau Pinang sepanjang 13km, plan kami nak naik Bukit Bendera petang tu, tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan jadi kami terus ke Batu Feringghi untuk check in Hotel dulu.

 

Penginapan untuk percutian kali ini, kami pilih Hard Rock Hotel! Sampai sahaja diperkarangan lobby hotel kami disambut dengan keramahan staff dan receptionist yang tak lekang dengan senyuman manisss…sementara menunggu urusan check in settle kami dihidangkan dengan 2 gelas air sparkling orange hehehe….hilang penat aku travel jauh dari KL..anak-anak aku dah excited nak mandi kolam hahaha…untuk bilik penginapan kami pilih Seaview Deluxe yang menghadap laut. Aku punggah semua luggage dan naik bilik yang terletak di tingkat 2. Masuk sahaja bilik perghhh memang cunn laa bilik nampak 5 stars die..memang sangat puas hati!!…

20131003_182031

Security card untuk keluar masuk bilik..

Katil besar deluxe

Katil besar deluxe

Set audio dan video

Set audio dan video

Bilik air yang cantik

Bilik air yang cantik

Kudap-kudapan, teh dan nescafe instant...

Kudap-kudapan, teh dan nescafe instant…

Meja tulis juga ada

Meja tulis juga ada

isteri aku dan anak-anak tersenyum gumbiraa…tanpa membuang masa aku dan famili salin baju untuk mandi kolam kat bawah, yang menariknya ade playground plak kat kolam tuu..macam mini theme park laa sebab ade gelungsur, air pancut dan water cannon…ok laa..anak-anak aku dah tak sabar nak terjun kolam dah hahaha..

Hard Rock Hotel Penang Seaview

Hard Rock Hotel Penang Seaview

Seronok si Sakinah dan Balqis main air

Seronok si Sakinah dan Balqis main air

Gaya si Balqis hahah

Gaya si Balqis hahah

kami sempat ke pantai Batu Ferringghi yang terletak tak jauh dari perkarangan HRH Penang untuk menikmati sunset..sempat jugak aku naik kuda dengan Balqis..bayarlaa RM40 untuk satu round jadilaaa…setelah itu aku dan isteri serta anak-anak pon naik balik bilik hotel untuk mandi dan bersiap untuk dinner.

Sunset di Batu Feringghi

Sunset di Batu Feringghi

Naik kuda..tak pernah-pernah..

Naik kuda..tak pernah-pernah..

Malam di HRH Penang

Malam di HRH Penang

Kolam renang yang di sinari lampu spotlight indah sungguh..hehehe

Kolam renang yang di sinari lampu spotlight indah sungguh..hehehe

Tatarias ruang lobby yang ROCK!!hahaha

Tatarias ruang lobby yang ROCK!!hahaha

Hard Rock Hotel Penang at night!!

Hard Rock Hotel Penang at night!!

Untuk dinner malam tu kami ke Pekan Batu Feringghi yang terletak tidak jauh dari HRH. Kami memilih untuk singgah makan di salah satu kedai makan di tepi Jalan yang menghadap Holiday Inn. Menu kami malam tu apalagi kalo bukan Char Koay Teow, Koay Teow goreng dan ada plak pizza untuk anak aku si Balqis..Sakinah semua dia makan tak macam kak long die..

Char Koay Teow BM

Char Koay Teow BM

Pizza untuk Balqis..

Pizza untuk Balqis..

Selesai dinner kami ke Night Market yang terletak di sepanjang jalan Batu Ferringghi..macam-macam ada dijual di Night Market nih, daripada baju, cenderahati, hinggalah ke perhiasan dalaman rumah semua ada di sini. Memang rambang mata aku sat..kami jugak sempat naik beca satu round dan on the way balik hujan plak nasib baik beca tu ade bumbung cuma basah sketlaa…kami suruh brader penarik beca tuu turunkan kami kat kereta dan setelah memberikan 4 keping not merah kami pon pulang ke HRH. Hujan pon agak lebat so kami naik bilik tukar persalinan tidur dan sedar-sedar dah subuh dah…selesai solat subuh aku lepak kat balkoni menikmati suasanan pagi di HRH Penang hehe..

Night at Batu Feringghi

Night at Batu Feringghi

20131003_222726

Naik beca seround..kuat btol abang penarek beca kat belakang tuuu…

Lebih kurang pukul 8.30 pagi kami turun untuk bersarapan pagi di cafe HRH..juadah memang pelbagai..daripada Nasi Lemak, Char Koay Teow hinggalah ke Western Food sume aku belasah..tapi takdelaa semua, orang cakap secukup rasa jer..hehehe.

Sarapan pagi di HRH yummiee

Sarapan pagi di HRH yummiee

Balqis oo Balqis...hmmm

Balqis oo Balqis…hmmm

Macam sedap jer wife aku amik tuu

Macam sedap jer wife aku amik tuu

Perut pon dah kenyang kami ke kolam untuk acara renang..sampai je kat kolam ramai dah orang rata-rata ramai yang bawak famili bercuti di HRH nih..ramai jugak pelancong asing yang menginap di sini mungkin sebab courtesy dan layanan yang tip top daripada pihak HRH Penang..Selesai sahaja breakfast anak-anak aku dah standby nak terjun kolam renang dah..berlari depa nak terjun kolam..Ade 2 bahagian kolam yang disediakan oleh HRH Penang untuk kemudahan pengunjung, satu bahagian yang cetek untuk kanak-kanak skali dengan mini theme park yang lagi satu agak dalam untuk orang dewasa tapi takde la dalam mana cuma 1.4m je..hehehe..setelah dekat 2 jam berendam dalam kolam kami pon naik untuk mandi dan salin pakaian. Setelah itu, kami turun untuk ke George Town tapi sebelum tu sempat shopping kat Rock Shop yang terletak tidak jauh dari parking hotel…

Rock Shop @HRH Penang

Rock Shop @HRH Penang

Banyak betul pilihan t-shirts dan cenderahati kat Rock Shop nih..

Banyak betul pilihan t-shirts dan cenderahati kat Rock Shop nih..

Dekat 45minit juga perjalanan dr Batu Feringghi ke George Town tuu..sampai sahaja kami terus ke mana lagi kalo bukan Chowrasta..perut pun dah lapar kami pekena dulu nasik kandaq Line Clear yang terletak di lorong antara deretan kedai yang menjual pelbagai souvenir dan juga jeruk..

Line Clear makan nasik kandaq!!...

Line Clear makan nasik kandaq!!…

Pelbagai lauk-pauk terhidang..korang tinggal tunjuk je nak ape..

Pelbagai lauk-pauk terhidang..korang tinggal tunjuk je nak ape..

Perot pun dah kenyang kami pun mulakan misi untuk membeli jeruk dan juga souvenir untuk dibawa pulang ke KL…Kedai yang kami sempat singgah untuk membeli jeruk ialah Kedai Jeruk Madu Pak Ali..dan banyak jugalah souvenirs yang dibeli berupa t-shirts, kain batik dan juga cenderahati. Tak menang tangan aku dibuatnya..sekali-sekala berkunjung ke Pulau Mutiara nih tak sah kalo tak bawak balik jerok dan buah pala yer tak??Kami juga sempat berjalan-jalan sampai ke Komtar, jauh gak kami berjalan kaki tapi tak terasa sebab happy jer hahaha…Kami balik hotel dah nak Maghrib..ingatkan malam tu nak jenjalan kat Gurney Drive sambil menikmati angin malam, tapi apakan daya badan nih letih sangat lepas solat terus tertidoq sampailaa subuh…

Jerok Madu Pak Ali yang menarik perhatian aku...

Jerok Madu Pak Ali yang menarik perhatian aku…

Pelbagai pilihan t-shirts Penang untuk dibeli..

Pelbagai pilihan t-shirts Penang untuk dibeli..

Pintu Gerbang..

Pintu Gerbang..

Serperti biasalah...

Serperti biasalah…

Apelah yang ditenugnkan tuuu...hehehe

Apelah yang ditenugnkan tuuu…hehehe

Salah satu kedai cenderahati..macam-macam adaaaa

Salah satu kedai cenderahati..macam-macam adaaaa

Pilih jangan tak pilih...

Pilih jangan tak pilih…

Komtar dari kejauhannn...

Komtar dari kejauhannn…

Keesokan selepas sarapan kami checked out dan destinasi seterusnya ialah Street Arts Penang yang terletak di sepanjang Ah Quee street, Armenian Street dan Cannon Street. Memang sangat menarik dan lain daripada yang lain dan hanya terdapat hanya di Pulau Pinang!! Aku sempat snap gambo kenang-kenangan banyak gak laa aku snap hahaha..ramai gak laa pengunjung ke Street Arts Penang nih rata-rata pelancong asing ada juga yang berbasikal sebab kat situ memang ade kedai sewa basikal..dan lagi satu Penang nih bandar yang mesra basikal sebab ade disediakan lane untuk berbasikal.

Kami sudaa sampai untuk saksikan Mural on the wall

Kami sudaa sampai untuk saksikan Mural on the wall

Mural burung hantuuu...

Mural burung hantuuu…

Cannon Square

Cannon Square

The big cat on the wall

The big cat on the wall

Gaya mutu keunggulan si Balqis dan Sakinah..

Gaya mutu keunggulan si Balqis dan Sakinah..

Balqis dan Sakinah berposing..

Balqis dan Sakinah berposing..

Berlatarbelakangkan mural singa

Berlatarbelakangkan mural singa

Kedai sewa basikal..

Kedai sewa basikal..

Masjid Melayu Leboh Acheh

Masjid Melayu Leboh Acheh

other side od the Leboh Acheh Mosque

other side od the Leboh Acheh Mosque

Sejam di situ, kami kembali ke kereta dan destinasi kami selepas itu adalah Bukit Bendera. Tak lengkap rasanya kalo berkunjung ke Penang tak naik BB. Sesampai kami di entrance Bukit Bendera, aku perhatikan dah banyak berubah Bukit Bendera nih compared 15 tahun yang lepas aku naik BB, kaunter bayaran pon dah lain, tren pon dah baharu dan pelbagai lagi kemudahan disediakan dekat stesen bawah BB tuu..Aku pun terus beratur untuk beli tiket dan ade diskaun jika kita tunjuk MyKad or MyKid..dah beli tiket apalagi pergi la beratur untuk naik train..perghh punyalah ramai manusia weekend tuu menyesal aku tak naik first day aku touched down Penang! Lebih kurang 15min menunggu train pon sampai tudiaa berpusu-pusu orang naik train aku dan famili memang tak dapat la tempat duduk so kiteorang berdirilah, aku dukung Sakinah dari bawah sampai laa atas..sampai sahaja kat stesen atas, turun sahaja daripada train aku pon snap gambo Penang dari atas BB, so nampaklaa sebahagian bandar Penang dan juga Penang Bridge dari kejauhan..Semasa kami melangkah keluar dari stesen atas tu hujang turun dengan lebatnya so tanpa membuang masa aku dan famili pon beratur laa balik kali nak untuk turun plak..memang tak dan nak berjalan-jalan kat BB tu disebabkan hujan..memang kami sampai tadi dah mendung dah..hehehe..saje nak meghase naik train BB takpelaa..

Pemandangan dari atas Bukit Bendera

Pemandangan dari atas Bukit Bendera

Sampai sahaja di stesen bawah kami pon carik surau untuk solat, selesai solat perot pon dan lapar kami ke George Town balik untuk pekena Sup Kambing bersama roti buku di restoran Sup Hameed yang terletak berdekatan dengan Hotel Cititel..

Restoran Sup Hameed

Restoran Sup Hameed

Pelbagai menu sup...

Pelbagai menu sup…

Hujan makin lebat di luar, plan aku nak pulang ke KL petang hari tu jugak tapi kami stay satu malam lagi dan kami ke Batu Feringghi balik petang tu. On the way ke Batu Feringghi kami singgah kat USM Penang..melawat tempat wife aku mengaji mase matriks dolu-dolu hehehe..banyak gak kenangan kat sini..Bapak aku pon graduate kat sini gak dulu..

Dewan USM

Dewan USM

Masjid dan Pusat Islam USM

Masjid dan Pusat Islam USM

Malam tu kami sempat lagi ke Night Market untuk shopping souvenir hehehe…saje jenjalan sebab hari tu tak puas sebab terpakse balik awal disebabkan hujan..so kali ni repeat balik…

Pelbagai jenis baju...

Pelbagai jenis baju…

Jalan-jalan kopak duit

Jalan-jalan kopak duit

Jom ronda-ronda Night Market

Jom ronda-ronda Night Market

Kedai makan yang lain daripada ayam pon die

Kedai jual air buah-buahan..layan gak!!

20131005_231839

Pelbagai design untutk perhiasan rumah

Keesokkan harinya kami bergerak pulang ke KL, percutian yang menarik insyaAllah akhir tahun nih kami akan ke Pantai Timor plak..ooppss tak abes lagi…on the way balik ke KL kami sempat singgah Kuala Kangsar untuk menikmati Laksa Kuale dan Cendol..lepas tu bawak plak anak-anak anak aku pi main kat taman permainan yang berdekatan dengan Sungai Kuala Kansar…Perjalanan diteruskan ke KL dan kami sampai di KL lebih kurang pukul 5.30ptg..penat tapi PUAS!!

Singgah Kuala Kangsar

Exit Kuala Kangsar

20131006_121636

Pintu gerbang yang mengalukan kedatangan kami ke Kuale..

Gerai yang kami pilih untuk ghase laksa dan cendol Kuale..

Gerai yang kami pilih untuk ghase laksa dan cendol Kuale..

Laksa Kuale dan telor goreng

Laksa Kuale dan telor goreng

Jambatan besi..

Jambatan besi..

Nak ke taman permainan di seberang sungai

Nak ke taman permainan di seberang sungai

Kinah main jongkang jongket

Kinah main jongkang jongket

Mian buai plak..

Mian buai plak..

20131006_131215

Berlatarbelakangkan Sungai Kuale..

 

 

Escapades de Corus Paradise

Corus Paradise Resort PD

Corus Paradise Resort PD

Sempat meluangkan masa bersama famili menikmati percutian singkat selama 2 hari satu malam di Corus Paradise Resort, Port Dickson. Plan asal aku nak bawak famili aku naik Genting tidur satu malam kat Hotel First World Genting, tapi disebabkan weekend fully booked so terpaksalah aku deviate and set course to Southbound. Ada 2 pilihan samada ke Port Dickson (PD) atau ke Melaka. Last minute gak buat decision main redah jer, nasib la kalau takde Hotel kami plan tidur je mana-mana chalet ker apartment yang berdekatan dengan laut hehehe…

Kami bertolak dari KL pukul 3.30PM Jumaat 5hb Julai ikut Highway PLUS arah Selatan, melalui Tol Sungai Besi aku perhatikan banyak pulak kereta memang standard hari Jumaat laa kereta berpusu-pusu keluar dari KL baik arah Selatan mahupun ke Utara. Aku perasan kalau dulu tiket tol tu dulu guna kertas je tapi skang dan upgrade ke tiket transit dan diperbuat daripada plastik lebih kurang sama macam kad Touch ‘N Go korang tu..ok laa tu..hehehe…aku teruskan perjalanan menghala ke Selatan dan exit di Tol Seremban Utara. Sempat membeli-belah kat Parkson Seremban..sebelum meneruskan perjalanan ke PD. Kami sekeluarga sampai di PD lebih kurang pukul 8.15PM, kami terus mencari lokasi Hotel yang berdekatan dengan pantai yakni belakang hotel je pantai takyah nak susah-susah kene driving plak nak gi pantai hehe..dan pilihan kami ialah Hotel Corus Paradise Resort PD.

Masuk sahaja ke perkarangan hotel aku terus ajukan soalan kat perkerja Hotel yang duk tunggu kat Lobby tu, die dengan ramahnya terus check samada ada lagi tak bilik kosong untuk disewa..alhamdulillah masih ada bilik standard, Deluxe dan Suite..wife aku tanya aku nak bilik mane satu?..yelah dah datang sekali-sekala nih dan tanpa diduga aku pun pilih laa Suite aka VIP Room..harga takpe korang check sendiri kat website die..aku park kereta dan keluarkan semua luggage dan barang-barang terus naik bilik kat tingkat 7…tudia memang VIP laa bilik die..siap ade ruang tamu, sofa, toilet die pun nampak mewah bagi aku laa tak tau kalo korang..

Work desk

Work desk

20130706_114314

Living Hall

Mini bar

Mini bar

Selesai mandi bagi refresh sket badan aku pon solat Maghrib jamaa’ skali dengan Isyak senang sebab musafir. Setelah itu kami sekeluarga pon keluar makan, kami memilih sebuah restoran yang diberi nama Restoran Anak Bapak yang berdekatan dengan Petronas Kampung Si Rusa. Menu yang kami pilih tak lain tak bukan ialah Nasi Goreng Kampung , Bee Hoon Goreng, Ikan Pari Tua Bakar, beserta air buah..Menu yang biasa kat mana-mana pon..aku tanya apa yang spesel kat waiter tu..die cakap ikan bakar…tu yang order ikan pari bakar tu tapi liat sebab bila aku tanya kat waiter tu balik dia cakap ikan pari tua, aduyaiii memang potong betul!!..Selesai menjamu selera, kami pon pulang sebelum tu sempat gi round sampai Telok Kemang pastu patah balik ke Hotel sebab mata dan tangkap mengantuk..sampai je di Hotel, aku tgk parking sume dah full, ramai gak pengunjung hotel nih waktu weekend. Alhamdulillah dapat gak parking terus naik bilik..tukar seluar, ingatkan nak layan MIB II tapi tak sampai 10minit, sedar-sedar dah pukul 6.00AM.

Siap ade lagun lagi...

Siap ade lagun lagi…

Beach view dari bilik aku

Capai towel aku gi mandi kemudian solat subuh. Selesai solat, anak aku yang second si Sakinah dah bangun..Kak longnya duk tidur lagi…wife aku kejutkan anak aku yang sulung tu, lena betul tidur air-cond pon boleh tahan sejuk hehe…Sementara tu, aku capai smartphone, snap gambar apa yang patut, matahari pon baru nak naik..tapi tak nampak laa sunrise sbb hotel nih menghadap barat..dalam kesamaran tu aku perhatikan keindahan laut Selat Melaka yang ketika tu air tengah pasang..memang cantiklaa view sebab akunyer bilik kat tingkat 7 dah tu kat centre plak so view tu memang cun laa…Pukul 7.30AM kami pun bersiap untuk turun breakfast kat tingkat 3, disebabkan lif tak berapa nak elok, kami turun gunakan tangga je..sesampainya kami di Cafe kami tukar plan, tak jadik breakfast dulu, kami ke pantai yang terletak tidak jauh dari hotel tu…

Balqis dan Sakinah

Balqis dan Sakinah

20130706_082056

Balqis dan Sakinah berpelukan hehehe…

20130706_081910

Masa untuk pulang..

Anak-anak aku memang seronok laa dapat main air, suka betul derang dengan ombak pon tak kuat sangat aku biarkan derang main kat gigi air..habis lenjun baju derang hahaha…sesudah tu kami pon beransur pulang ke Hotel, naik bilik mandikan anak-anak aku, pakaikan derang baju lain dan turun semula ke Cafe untuk breakfast. Breakfast aku pagi tu Nasi Lemak, Mee Rebus, Roti Bakar, Baked bean, Omelet, buah-buahan dan juga jus buah. Selesai breakfast kami naik semula untuk berehat sebelum check out pada pukul 12.00PM..Lebih kurang pukul 12.45PM kami turun untuk check out. Kami sempat ke Pekan PD pusing-pusing singgah sekejap di salah satu gerai cendol dan rojak untuk menikmati cendol PD. Jalan pulang kali ini, aku ikut Jalan ke Lukut terus ke Sepang dan singgah untuk solat Zohor di Masjid KLIA, sempat gak laa lelapkan mata sekejap..

20130706_122637

Kaki lima hotel

Check out

Check out

 

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑