HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Tag: harley davidson owner group malaysia

BOOK YOUR BIKE NOW!!

RENTHD2

KLEZBIKE Delivery @HDPJ

Salam

Terima kasih kami dari team KLEZBIKE ucapkan kepada tuan-tuan yang SEWA MOTORSIKAL HARLEY DAVIDSON. Kali ini 4 buah motorsikal Harley Davidson yang terdiri daripada model Sportster Iron883, Dyna Superglide, Fatbob dan Streetglide  dilamar oleh 4 orang jejaka kacak dan salah seorang daripada mereka adalah warga Korea yang berkerja di sini.

Daripada perbualan aku, mereka ini adalah tenaga kerja di Bahagian R&D disalah sebuah kilang di Rawang. Masing-masing memiliki motorsikal berkuasa besar berjenama Kawasaki dan Ducati. Mereka akan ride ke Ipoh untuk menikmati NASI GANJA dan MEE UDANG. Safe ride u ollss…

klezbike_2

klezbike_1

klezbike_3

GENTLEMEN START YOUR ENGINE!!

Untuk maklumat lanjut berkenaan sewa Harley Davidson, boleh hubungi talian +6016-666 5859 atau layari website kami di www.klezbike.com.

Breakfast Ride Mee Bandung Muar

Salam semua..

Weekend lepas aku berkesempatan ride ke Muar bersama geng KLezBike.. aku bertolak dr Maluri lebih kurang jam 7.25 pagi menuju ke tempat berkumpul di Tol Bangi arah Selatan.. aku sampai di Tol Bangi lebih kurang pukul 7.45 pagi..sesampai di sana Opy sudah menunggu bersama Iron883 nya… Aku lepak dengan Opy sementara menunggu geng lain… tepat jam 8.05 pagi setelah semua ada, kami pun gerak ke Muar.. 5 riders yang menyertai ride kali nih 2 buah Iron883, Streetglide, XR1200R dan Kawasaki Z800..

Alhamdulilah cuaca baik pagi itu dan trafik pun tak banyak sangat kereta.., sepanjang perjalanan aku perhatikan ramai geng-geng riders lain yang ride pagi tu.. masing-masing ade destinasi yang di tuju… kami exit Ayer Keroh kemudian melalui lebuhraya AMJ ke Bandar Maharani Muar.. Kami tiba di Muar lebib kurang jam 10.30 pagi dan terus ke Tanjong Mas untuk menikmati Mee Bandung Muar yang tak asing lagii..

Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Segamat, kami ikut Tangkak untuk ke Segamat. Kami singgah sebentar di Air Terjun Gunung Ledang untuk menikmati kesejukan air terjun setelah berpeluh-peluhan ridee sepanjang hari.. Punyelah lame aku tak ke Gunung Ledang.. macam2 ade.. tapi kalo dulu free je nak masuk sekarang dah dikenakan bayaran.. satu Motor RM1, satu kepala RM1.. so berapa yang kami kene bayar hahaha…kalo ade 4 bijik motor HD.. sesampai di pintu masuk ke Air terjun Gunung Ledang tu kami perhatikan punyelah ramai orang menghabiskan cuti hujung minggu membawa famili mandi-manda di sana.. kami pun carik port untuk lepak.. Opy n Wan siap beli suar pendek dan towel nak mandi.. aku dan Pie lepak je laa.. malas nak mandi..lebih kurang jam 1.30pm kami pun bergerak ke Segamat.. tak jauh dari Sagil kami berhenti menikmati Raja Buah Durian.. ape lagi kalo bukan daripada spesis Musang King…memang layann..mase nak bayar pon layan gak.. RM170..diskaun RM150 perghhh… Sebelum aku terlupe ape tujuan kami ke Segamat??? hahah… ade menu menarik untuk kami lunch kat sana.. UDANG GALAH masak lemak… perot pon dah berkeroncong, makan durian tu takdela kenyang sangat buat alas perot jee..

Lebih kurang 30min kami pun sampai di Bandar Segamat.. panas jangan cerita petang tuu.. si Wan bawak kami ke sebuah restoran masakan kampung yang terletak di Pekan Segamat baru.. memang layan beb Udang Galah die..isi die mmg kenyal.. kami order set makan tangahari tudiaa… 4 ekor udang galah.. ayam goreng.. ulam-ulaman dan satu jug air asam boi.. Setelah habis kami menyantap.. kami pun meneruskan perjanalan pulang ke KL..kali ini kami ikut Gemas, kemudian ke Kuala Pilah, kemudian ke Seremban naik LEKAS terus ke KL.. aku sampai rumah hari tu jam 8.00pm.. penat jangan cerita laa perjalanan hampir 350km lebih, tapi aku PUAS!!!

20140614_115528 20140614_115817

Isi keras boleh tukar katenyerr...

Isi keras boleh tukar katenyerr…

Musang King katenyerrr!!

Musang King katenyerrr!!

Tudiaaa Udang Galah yg aku cakap!!!

Tudiaaa Udang Galah yg aku cakap!!!

 

Breakfast Ride Roti Canai Ikan Pari

Salam semua…

Pernahkah anda merasa roti canai cecah asam pedas ikan pari?? Memang rare dan hanya ada di Melaka Bandaraya Bersejarah haha.. Pelik tapi bener… tapi sekali cuba terangkat beb! first time aku makan roti ngn asam pedas ikan kari kalo tak biasenyer cecah kuah dal takpon kari, ape-ape jenis kari laa.. dengan rase ikan yang “well-cooked” dan ditambah pula dengan rase ikan yang fresh membuatkan berbaloi-baloi aku ridee kude hitam aku Iron883 dari Maluri ke Melaka..

Aku bertolak dari Maluri pukul 7.00 pagi, dan berkumpul di Tol Bangi seperti yang dijanjikan tepat jam 7.15 pagi aku sampai sebab janji dengan member jam 7.30 pagi kat sana. Kami bertolak dari tol Bangi lebih kurang jam 8.00 pagi melalui lebuhraya Plus arah selatan menuju ke Ayer Keroh Melaka. Alhamdulillah cuaca pagi itu cerah dan nyaman sekali, kereta pon tak banyak pepagi hari nih yelaa weekend mane ade banyak kete sangat.. Kami berhenti untuk isi minyak di Hentian Ayer Keroh dan meneruskan perjalanan ke Melaka dan kami tiba di Exit Ayer Keroh lebih kurang jam 9.15 pagi.. trip kali ini diketuai oleh Tuan Shafie Bustan yang juga anak kelahiran Melaka so tak jadik masalah sebab mmg die otai jalan-jalan kat Melaka tuu..Pada mula destinasi kami adalah ke Medan Selera Limbungan.

Sesampainyer kami di sana,  tutup plak kedai roti canai tuu, so pie bawak la kami ke kedai tepi jalan yang juga menyajikan menu yang sama tidak jauh dari medan selera tuh..tudiaa punyelah ramai orang fullhouse gerai roti canai tuu…setelah mendapatkan meja kami pun memesan menu utama iaitu roti canai kuah asam pedas pari, sotong masak sambal, dan kuah kari ikan siakap…perghh memang kaww…

Memang putus orang datang ke gerai tu pagi tuu…ade saja customer datang yang tua, yang mude-mudi ade yang bawak famili menikmati sarapan roti canai di gerai tuu…setelah lepak lebih kurang sejam kat gerai itu kami pon berangkat pulang ke KL. Aku sampai di Maluri lebih kurang pukul 12.15PM dan mengambil mase perjalanan lebih kurang sejam 15 min sahaja..

IMG-20140513-WA0016 IMG-20140513-WA0015

IMG-20140513-WA0009 IMG-20140513-WA0012

IMG-20140513-WA0011

MOTORSIKAL BERKUASA BESAR HARLEY DAVIDSON UNTUK DISEWA

SALAM SEMUA…

Pernahkah anda bermimpi untuk menunggang motorsikal berkuasa tinggi, merasai kuasa tujahan enjin V-Twin Harley Davidson??..Kini anda tidak perlu memiliki untuk merasai kenikmatan menunggang motor Harley Davidson ini, KLezBike dengan ini berbesar hati menyediakan khidmat sewaan motorsikal berkuasa besar model Sporster Iron 883 Harley Davidson tahun 2014.

Sungguh mudah untuk menyewa, anda hanya perlu sertakan fotokopi IC and Lesen B Full, jika anda tiada Lesen B Full tidak mengapa anda boleh hidupkan L anda itu sahaja! Dokumen sokongan lain yang perlu anda beri adalah bil utiliti rumah anda sebagai contoh bil ASTRO, TNB atau SYABAS.

Kadar sewaan bagi motorsikal ini adalah seperti di bawah:

i) RM450 untuk sehari

ii) RM1200 untuk 3 hari

iii) RM2350 untuk 7 hari

iv) RM4500 untuk sebulan

Motorsikal sewa HD ini sesuai bagi semua golongan, handling yang baik dan tidak terlalu berat dibandingkan dengan model-model lain!!

Berminat anda boleh hubungi KLezBike Maluri ditalian +60166665859, anda boleh whatsup kami juga.

Anda boleh lawati FB page kami di sini.

Motorsikal Sewa HD

Motorsikal Sewa HD Iron 883 bahagian hadapan 

Motorsikal Sewa HD Iron 883 bahagian belakang

Motorsikal Sewa HD Iron 883 bahagian kiri

Motorsikal Sewa HD Iron 883 bahagian kanan

 

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑