HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Tag: HARLEY DAVIDSON

KLezbike dan Harley Davidson di Port Klang

KLezbike diberi kepercayaan untuk menyediakan perkhidmatan sewaan HD bagi Kapten dan krew kapal persiaran Aida Bella yang berlabuh di Boustead Cruise Centre Port Klang!

Rata-rata krew kapal ini berasal dari negara Germany. Mereka singgah sebentar di Port Klang sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya iaitu Singapura dan kemudian ke Hanoi, Vietnam sebelum berpatah balik ke Koh Samui.

Kepada mereka yang berkeinginan menunggang dan merasai deruman motorsikal Harley Davidson boleh hubungi kami KLezbike di talian +6016-6665859!

Kualiti taraf Antarabangsa

Salam

Hari Isnin lepas aku hantar seat motorsikal Harley Davidson Iron 883 ke bengkel Hungryghost Custom Inc. yang terletak di Saujana Puchong untuk tukar cover seat. Bengkel nih memang terkenal dikalangan kaki-kaki custom di sini. Bengkel ini dimiliki oleh seorang brader yang dikenali sebagai Joe.

Kualiti memang terbaik, aku baru lepas amik seat aku yang telah siap dibalut dengan corak DIAMOND di tengah yang dijahit dengan benang merah. Memang cun beb seat aku yang sebelum nih penuh dengan bekas cakaran kucing, kini berwajah baru. Ini semua disebabkan besok aku ade event di First World GICC Genting Highlands. Event tersebut memerlukan motor aku untuk dijadikan display, so terpaksalah aku tukar gak cover seat tu..tak lawa plak nanti hehehee…

Kepada mereka yang berkeinginan untuk custom motor korang bolehlah ke bengkel Joe. Brader Joe akan customkan motor korang mengikut citarasa dan design yang korang mahukan!

Alamat bengkel Joe seperti di bawah:

No.85 Jalan SP 3/1,

Saujana Puchong

47100 Puchong, Selangor

No. telefon: +6012 – 356 9062

20151021_101645

Bengkel Joe

20151021_101754

Design Diamond di tengah

20151021_104153

HARLEY DAVIDSON RENTAL IN MALAYSIA

HDRETRO1Salam and greetings to all..

KLezbike provides a Harley Davidson bikes for rent. We are very committed to serve all our cusotmers up to our standards and SOP.

All the models and can be viewed at our official website at www.klezbike.com. All you need to do is scroll down all the models and choose the one that suits you! Then give us a call or What’s up at +6016-6665859!

Simple as that..

Regards

 

BOOK YOUR BIKE NOW!!

RENTHD2

HARLEY DAVIDSON FOR RENT IN KUALA LUMPUR

Salam and greetings to all viewers..

ON YOUR BIKES!!

Ride a Harley Davidson in Kuala lumpur now much more easier whereby you can just rent it! KLEZBIKE provides a few models of  Harley Davidson so that you can choose any bikes that suit you.. The models consist of Sporster, Dyna Superglide, Fatbob and Streetglide.

All you need to do is visit our official website at www.klezbike.com or call us at +60166665859. We will assist you on the rental procedures.

Thanks for your support.

*Terms and conditions applied

IMG_1518313411814

Kuala Lumpur Bike Week (KLBW2014)

Salam semua..

Petang tadi aku sempat ke Kuala Lumpur Bike Week 2014. Aku tak keseorangan dan ditemani adik ipar aku yang kebetulan berada di Kuala Lumpur atas urusan kerjanya..
Event KLBW2014 ini merupakan event yg ke-7 dianjurkan oleh Red Garage sejak tahun 2008 lagi..kali ini KLBW2014 diadakan di Lanai Matics berdekatan dengan Saloma Bistro dan tidak jauh dari KLCC.

20141219_161108

KLCC

Aku sampai di tapak event lebih kurang jam 3.45ptg…jalan tidak berapa sesak dan aku parking kereta berdekatan dengan NZ Curry House. Kelihatan pengunjung juga sudah memenuhi tapak KLBW2014.

Aku dan adik ipar terus ke tapak booth yang menjual pelbagai barangan motorsikal, ada yang menjual parts, helmets, t-shirts dan pelbagai merchandise… ada juga booth yang mempamerkan motorsikal berkuasa tinggi berjenama Harley Davidson, Triumph, Moto Guzzi memang rambang mata laa…hehe…aku sempat sambar sehelai t-shirts KLBW2014.

2014-12-19 20.51.44

20141219_162102

image

image

image

image

Terdapat 2 bahagian…bahagian pertama di bahagian atas yang berdekatan dengan pintu gerbang KLBW2014 dan yang kedua pula di bahagian bawah yang menempatkan beberapa booth, iaitu booth Harley Davidson, Cleveland Cyclewerks, Abah n Son dan juga pentas utama. Di bahagian ini juga terdapat khemah besar yang menempatkan gerai-gerai makanan dan minuman betul-betul menghadap stage.. surau dan tandas juga terletak tidak jauh dari stage alhamdulillah..

image

image

image

image

image

Aku ke ruang legar yang luas di hadapan pentas utama dan di situ juga aku lihat deretan motorsikal berkuasa tinggi dari pelbagai jenis dan jenama tidak kurang juga customs..

image

image

image

image

image

20141219_162341

Sempat juga aku snap gambar orang kuat KLBW2014, siapa lagi kalau bukan Eddy Red Garage hehe..

20141219_171001

 

Aku juga sempat menonton persembahan gendang yang dipersembahkan oleh sahabat-sahabat dari Brunei…terhibur aku ahahaha..

image

image

image

image

20141219_170740

Aku pulang jam 5.30ptg aku lihat kereta sudah bertali-arus sepanjang Jalan Ampang… So bagi penggemar motorsikal berkuasa tinggi boleh laa ke KLBW2014 untuk cuci-cuci mata melihat pelbagai jenis motorsikal berkuasa besar dan customs!
Event ini bermula hari ini 19hb Disember hingga 20hb Disember 2014…jangan lepaskan peluang ini!! Bawa famili berkunjung ke KLBW2014…pasti ada yang tertunggu-tunggu event seperti ini, next year mungkin ada kelainan yang bakal ditampilkan…yang pasti KLBW2014 memang awesome!!!

Breakfast Ride Roti Canai Ikan Pari

Salam semua…

Pernahkah anda merasa roti canai cecah asam pedas ikan pari?? Memang rare dan hanya ada di Melaka Bandaraya Bersejarah haha.. Pelik tapi bener… tapi sekali cuba terangkat beb! first time aku makan roti ngn asam pedas ikan kari kalo tak biasenyer cecah kuah dal takpon kari, ape-ape jenis kari laa.. dengan rase ikan yang “well-cooked” dan ditambah pula dengan rase ikan yang fresh membuatkan berbaloi-baloi aku ridee kude hitam aku Iron883 dari Maluri ke Melaka..

Aku bertolak dari Maluri pukul 7.00 pagi, dan berkumpul di Tol Bangi seperti yang dijanjikan tepat jam 7.15 pagi aku sampai sebab janji dengan member jam 7.30 pagi kat sana. Kami bertolak dari tol Bangi lebih kurang jam 8.00 pagi melalui lebuhraya Plus arah selatan menuju ke Ayer Keroh Melaka. Alhamdulillah cuaca pagi itu cerah dan nyaman sekali, kereta pon tak banyak pepagi hari nih yelaa weekend mane ade banyak kete sangat.. Kami berhenti untuk isi minyak di Hentian Ayer Keroh dan meneruskan perjalanan ke Melaka dan kami tiba di Exit Ayer Keroh lebih kurang jam 9.15 pagi.. trip kali ini diketuai oleh Tuan Shafie Bustan yang juga anak kelahiran Melaka so tak jadik masalah sebab mmg die otai jalan-jalan kat Melaka tuu..Pada mula destinasi kami adalah ke Medan Selera Limbungan.

Sesampainyer kami di sana,  tutup plak kedai roti canai tuu, so pie bawak la kami ke kedai tepi jalan yang juga menyajikan menu yang sama tidak jauh dari medan selera tuh..tudiaa punyelah ramai orang fullhouse gerai roti canai tuu…setelah mendapatkan meja kami pun memesan menu utama iaitu roti canai kuah asam pedas pari, sotong masak sambal, dan kuah kari ikan siakap…perghh memang kaww…

Memang putus orang datang ke gerai tu pagi tuu…ade saja customer datang yang tua, yang mude-mudi ade yang bawak famili menikmati sarapan roti canai di gerai tuu…setelah lepak lebih kurang sejam kat gerai itu kami pon berangkat pulang ke KL. Aku sampai di Maluri lebih kurang pukul 12.15PM dan mengambil mase perjalanan lebih kurang sejam 15 min sahaja..

IMG-20140513-WA0016 IMG-20140513-WA0015

IMG-20140513-WA0009 IMG-20140513-WA0012

IMG-20140513-WA0011

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑