HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Tag: car rental

Salaam Ramadhan al Mubarak…

Salam and greeting to all viewers..Wishing you happy fasting in this month of Ramadhan al Mubarak.. Be nice and may…

Posted by Kereta Sewa Maluri on Friday, June 19, 2015

Bisnes Kereta Sewa… satu realiti…

Salam semua…

Lame aku tak mencoret di blog ini..mungkin disebabkan tiada idea yang singgah di kepala ini untuk di tukarkan menjadi ayat-ayat untuk aku titipkan di blog aku nih.. atau mungkin aku sibuk dengan aktiviti harian aku? atau pelbagai lagi alasan yang sememangnya akan aku cari untuk “back up” ahahhaha…

Kali ni aku nak cerita tentang bisnes kereta sewa yang aku telah buat setelah hampir 2 tahun lebih ni..pelbagai pahit, manis, suka, duka, penat, jerih etc.. keluhan demi keluhan… ade yang aku akan cerita dan ada yang biarlah aku simpan buat kenangan dan tidak perlu aku ceritakan kepada umum! Alhamdulillah masih lagi SURVIVE…survival penting dalam kehidupan ini, tidak kiralah ape jua kerjaya anda, apa jua bisnes anda lakukan..

Penghujung 2012, segalanya bermula… ketika itu aku masih berkhidmat lagi dengan DCA..siapa yang tak tau ape tu DCA korang memang katak bawah tempurung laa ahahaha…femes DCA akhir-akhir nih…masyarakat pon semakin tau kerjaya yang melibatkan DCA nih..bukan calang-calang orang boleh menyahut seruan sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara atau ATC…THE MOST STRESSFUL JOB IN THE WORLD!! O.K..cukup pasal kerjaya lama aku, dan sebelum ATC pernah menyandang jawatan sebagai Jurutera…yang penting adalah hari ini dan hari akan datang yang bakal kita lakarkan, tapi kena ingat sekali-sekala jangan lupa pandang belakang agar kita ingat siapa kita… Bulan Oktober 2012 aku nekad amik cuti tanpa gaji…sebab yang aku letak dalam surat permohonan CTG aku tu biarlah aku rahsiakan ahahaha…reason yang aku rase kuat untuk orang atasan “approve”kan CTG aku…

Mungkin hati ketika itu sudah berbelah bahagi, hati yang selalu berbolak-balik… sebab tu kene selalu doa kat ALLAH agar tetapkan hati kita paling penting dengan IMAN!…dan segalanya berlaku…aku kerja sendiri…income aku yang tentukan…aku rajin aku dapat lebih…aku buat marketing sendiri… most of the time ONLINE je yang aku paling banyak buatnya…ade laa gi pacak dan gantung banner kat pokok-pokok yang ditanam oleh DBKL… so bile pokok-pokok yang ditanam oleh DBKL mahupun Majlis Bandaraya nih memang kejap jelaa tempoh hayat dia…hari nih paku kat pokok besok atau lusa dah bersih dah…so buat ape nak buang masa concentrate kat ONLINE sahaja…ade gak laa aku rajin gi tampal sticker kat dinding-dinding dan tembok-tembok yang sudah sedia ada sticker PINJAMAN WANG BERLESEN…aku tinggal tambah je kemeriahan sticker yang pelbagai kaler…ahahaaha…..

Alhamdulillah marketing ONLINE agak berjaya, dan daripada situ aku build up aku punya confident dengan bisnes Kereta Sewa nih. Berkenalan dengan ramai orang, sahabat dan rakan yang sama-sama buat bisnes kereta sewa… masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam menjayakan bisnes kereta sewa mereka..salute aku kat mereka! Ada yang sudah bertahun-tahun buat bisnes kereta sewa nih menyara keluarga…so di mana kewarasan pernyataan yang mengatakan bisnes Kereta Sewa ini short term nyer bisnes..bukan long term dan tidak boleh diwarisi? Pada aku kat dunia nih samada kita NAK dengan TAK NAK je..NAK SERIBU DAYA TAK NAK SEJUTA DALIH!!

Bersambung….

KERETA SEWA MALURI…

NEW POSTER

SILA KLIK POSTER DI ATAS

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑