HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Tag: car rental in KL

YEAR END PROMOTION

Salam dan selamat sejahtera…
Barangsiapa yang tercari-cari kereta sewa untuk pergi bercuti atau apa jua kegunaan sekalipun boleh hubungi KERETA SEWA MALURI.
Rugi jika lepaskan peluang menikmati penjimatan di hujung tahun ini!!

 

yespromo

Jalan-jalan mengenal SEJARAH…

Salam..

Alhamdulillah aku berkesempatan membawa famili aku berjalan-jalan ke MUZIUM NEGARA hari nih.. Aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 10.30pagi dan sampai di perkarangan Muzium Negara lebih kurang jam 11.15pagi.. parking agak penuh walaupun hari nih hari berkerja..

Destinasi pertama kami adalah Muzium Seni Kraf Orang Asli yang terletak berdekatan dengan kawasan parking.. Masuk sahaja entrance muzium tersebut kami disambut oleh petugas muzium yang ramah dan meminta aku menulis nama aku dalam buku pelawat. Anak-anak aku kelihatan excited melihat pameran patung-patung, hasil kraftangan dan gambar-gambar orang asli di Malaysia..
image

image

image

image

Setelah itu kami ke bahagian atas bangunan yang menempatkan Muzium Etnologi Dunia Melayu. Di sini kita boleh melihat sejarah, peradaban, seni kraf, teknologi, kebudayaan dan kegemilangan orang Melayu itu sendiri.
Aku tertarik dengan satu sudut yang memaparkan tentang orang Melayu dahulu dengan Pelayaran. Orang Melayu dahulu merupakan pelayar, berdagang ke seluruh pelusuk Nusantara dan luar dari jajahan Nusantara ataupun nama lainnya Archipelago.
image

image

image

Kita biasa mendengar serangkap pantun yang berbunyi:

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Daripada pantun tersebut kita boleh melihat betapa sinonimnya orang Melayu dahulu dengan pelayaran. Ade maksud tersirat dalam pantun tersebut, kenapa pisang emas bukan pisang tanduk…kenapa masak sebiji di atas peti…hehehe…

Di satu sudut lain pula, aku lihat dipamerkan senjata orang Melayu yang tidak asing lagi Keris. Pelbagai jenis keris dipamerkan, ada keris panjang, keris pendek, keris Bali dan bagaimana pembuatan keris juga dipertontonkan. Setiap keris tersebut mempunyai identiti dan ukirannya tersendiri…begitu halus dan teliti sekali ukirannya..
image

image

image

image

image

Aku kemudian ke sudut pameran kraftangan orang Melayu dan permainan tradisional serta peralatan dapur. Memang tradisi dan hasil kerjatangan orang Melayu ini begitu seni dan teliti. Jatidiri sebagai Melayu dizahirkan dalam bentuk ukiran yang indah dan kemahiran yang tinggi!

image

image

image

image

image

image

Sudut pameran peralatan dapur dan tembikar:

image

Sudut pameran permainan tradisional Melayu:

image

image

image

image

Antara jenis-jenis congkak yang dipamerkan:

image

image

image

Sejam lebih juga masa aku luangkan di Muzium Etnologi Dunia Melayu ni. Banyak juga input yang aku perolehi dan mengenal jatidiri Melayu itu sendiri penuh dengan kesenian dan teknologi serta kepakaran.
Setelah itu aku dan famili ke Muzium Negara pula. Tiket masuk dijual pada harga RM2 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun adalah percuma untuk masuk.

Muzium Negara ini 2 tingkat dan setiap tingkat mempunyai galeri pameran yang berlainan bermula daripada zaman pra sejarah, zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajah, zaman komunis, hinggalah zaman sekarang. Sehari suntuk aku habiskan masa aku di Muzium..bila aku tanya anak-anak aku mereka cukup gembira melihat pameran yang pelbagai…walaupun mereka kurang faham apa yang dipamerkan tapi aku dan isteri terangkan satu persatu apa yang mereka lihat. Seronok juga mereka berlari-lari dalam muzium tu hehehe…

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sepertinya aku dan famili belajar Sejarah hari ini.. terlalu banyak input cuba di garap dalam tempoh yang aku kira singkat walaupun aku rasa hampir setengah hari masa aku dan famili dihabiskan di Muzium Negara.
Akhir kata.. hidup ini jangan terlalu memandang ke hadapan tetapi luangkan juga masa untuk melihat ke belakang sebentar untuk melihat dan tahu siapa kita?

KERETA SEWA MALURI…

NEW POSTER

SILA KLIK POSTER DI ATAS

Escapades de Corus Paradise

Corus Paradise Resort PD

Corus Paradise Resort PD

Sempat meluangkan masa bersama famili menikmati percutian singkat selama 2 hari satu malam di Corus Paradise Resort, Port Dickson. Plan asal aku nak bawak famili aku naik Genting tidur satu malam kat Hotel First World Genting, tapi disebabkan weekend fully booked so terpaksalah aku deviate and set course to Southbound. Ada 2 pilihan samada ke Port Dickson (PD) atau ke Melaka. Last minute gak buat decision main redah jer, nasib la kalau takde Hotel kami plan tidur je mana-mana chalet ker apartment yang berdekatan dengan laut hehehe…

Kami bertolak dari KL pukul 3.30PM Jumaat 5hb Julai ikut Highway PLUS arah Selatan, melalui Tol Sungai Besi aku perhatikan banyak pulak kereta memang standard hari Jumaat laa kereta berpusu-pusu keluar dari KL baik arah Selatan mahupun ke Utara. Aku perasan kalau dulu tiket tol tu dulu guna kertas je tapi skang dan upgrade ke tiket transit dan diperbuat daripada plastik lebih kurang sama macam kad Touch ‘N Go korang tu..ok laa tu..hehehe…aku teruskan perjalanan menghala ke Selatan dan exit di Tol Seremban Utara. Sempat membeli-belah kat Parkson Seremban..sebelum meneruskan perjalanan ke PD. Kami sekeluarga sampai di PD lebih kurang pukul 8.15PM, kami terus mencari lokasi Hotel yang berdekatan dengan pantai yakni belakang hotel je pantai takyah nak susah-susah kene driving plak nak gi pantai hehe..dan pilihan kami ialah Hotel Corus Paradise Resort PD.

Masuk sahaja ke perkarangan hotel aku terus ajukan soalan kat perkerja Hotel yang duk tunggu kat Lobby tu, die dengan ramahnya terus check samada ada lagi tak bilik kosong untuk disewa..alhamdulillah masih ada bilik standard, Deluxe dan Suite..wife aku tanya aku nak bilik mane satu?..yelah dah datang sekali-sekala nih dan tanpa diduga aku pun pilih laa Suite aka VIP Room..harga takpe korang check sendiri kat website die..aku park kereta dan keluarkan semua luggage dan barang-barang terus naik bilik kat tingkat 7…tudia memang VIP laa bilik die..siap ade ruang tamu, sofa, toilet die pun nampak mewah bagi aku laa tak tau kalo korang..

Work desk

Work desk

20130706_114314

Living Hall

Mini bar

Mini bar

Selesai mandi bagi refresh sket badan aku pon solat Maghrib jamaa’ skali dengan Isyak senang sebab musafir. Setelah itu kami sekeluarga pon keluar makan, kami memilih sebuah restoran yang diberi nama Restoran Anak Bapak yang berdekatan dengan Petronas Kampung Si Rusa. Menu yang kami pilih tak lain tak bukan ialah Nasi Goreng Kampung , Bee Hoon Goreng, Ikan Pari Tua Bakar, beserta air buah..Menu yang biasa kat mana-mana pon..aku tanya apa yang spesel kat waiter tu..die cakap ikan bakar…tu yang order ikan pari bakar tu tapi liat sebab bila aku tanya kat waiter tu balik dia cakap ikan pari tua, aduyaiii memang potong betul!!..Selesai menjamu selera, kami pon pulang sebelum tu sempat gi round sampai Telok Kemang pastu patah balik ke Hotel sebab mata dan tangkap mengantuk..sampai je di Hotel, aku tgk parking sume dah full, ramai gak pengunjung hotel nih waktu weekend. Alhamdulillah dapat gak parking terus naik bilik..tukar seluar, ingatkan nak layan MIB II tapi tak sampai 10minit, sedar-sedar dah pukul 6.00AM.

Siap ade lagun lagi...

Siap ade lagun lagi…

Beach view dari bilik aku

Capai towel aku gi mandi kemudian solat subuh. Selesai solat, anak aku yang second si Sakinah dah bangun..Kak longnya duk tidur lagi…wife aku kejutkan anak aku yang sulung tu, lena betul tidur air-cond pon boleh tahan sejuk hehe…Sementara tu, aku capai smartphone, snap gambar apa yang patut, matahari pon baru nak naik..tapi tak nampak laa sunrise sbb hotel nih menghadap barat..dalam kesamaran tu aku perhatikan keindahan laut Selat Melaka yang ketika tu air tengah pasang..memang cantiklaa view sebab akunyer bilik kat tingkat 7 dah tu kat centre plak so view tu memang cun laa…Pukul 7.30AM kami pun bersiap untuk turun breakfast kat tingkat 3, disebabkan lif tak berapa nak elok, kami turun gunakan tangga je..sesampainya kami di Cafe kami tukar plan, tak jadik breakfast dulu, kami ke pantai yang terletak tidak jauh dari hotel tu…

Balqis dan Sakinah

Balqis dan Sakinah

20130706_082056

Balqis dan Sakinah berpelukan hehehe…

20130706_081910

Masa untuk pulang..

Anak-anak aku memang seronok laa dapat main air, suka betul derang dengan ombak pon tak kuat sangat aku biarkan derang main kat gigi air..habis lenjun baju derang hahaha…sesudah tu kami pon beransur pulang ke Hotel, naik bilik mandikan anak-anak aku, pakaikan derang baju lain dan turun semula ke Cafe untuk breakfast. Breakfast aku pagi tu Nasi Lemak, Mee Rebus, Roti Bakar, Baked bean, Omelet, buah-buahan dan juga jus buah. Selesai breakfast kami naik semula untuk berehat sebelum check out pada pukul 12.00PM..Lebih kurang pukul 12.45PM kami turun untuk check out. Kami sempat ke Pekan PD pusing-pusing singgah sekejap di salah satu gerai cendol dan rojak untuk menikmati cendol PD. Jalan pulang kali ini, aku ikut Jalan ke Lukut terus ke Sepang dan singgah untuk solat Zohor di Masjid KLIA, sempat gak laa lelapkan mata sekejap..

20130706_122637

Kaki lima hotel

Check out

Check out

 

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑