property_management_for_rent_800Salam dan selamat sejahtera buat semua, page kali saya akan kongsikan projek rumah sewa saya yang saya handle sendiri dan unit yang saya joint venture (JV) dengan partner saya. Idea untuk buat bisnes berkaitan ‘renting’ timbul setelah saya melihat keperluan ataupun demand yang agak tinggi untuk beberapa lokasi yang strategik, antaranya salah sebuah rumah yang saya sewakan sekarang ini terletak di KOTA WARISAN (KW), Sepang yang berdekatan dengan KLIA dan LCCT.

Bagaimana kita boleh kenal-pasti sesebuah lokasi itu berpotensi untuk dijalankan bisnes rumah sewa ini terletak pada persekitaran, jaringan public transport yang baik disamping access road yang mudah untuk ke main road selain itu kawaan tersebut berdekatan dengan sekolah dan tidak jauh dari deretan kedai ataupun pasaraya. Rumah di KW nih merupakan sebuah rumah 2 1/2 tingkat  dan penyewa aku adalah suami isteri. Aku lebih utamakan penyewa rumah aku nih kepada family daripada student ataupun bujang sebab pertama sekali rumah aku tu takde laa rosak ataupun “pecah” kemudian hari. Keduanya kalo family nih dia akan rasa bertanggungjawab sikit utk bayar sewa bulanan tu ‘on time’ takdela nak drag sampai seminggu ke dua minggu itupun atas budi bicara dan tertakluk dalam perjanjian sewa rumah antara aku dan penyewa

Menyentuh pasal ‘Tenancy Agreement’ ataupun perjanjian sewa rumah, ia merupakan hitam putih yg mengandungi syarat dan terma yang wajib dipatuhi oleh penyewa berkenaan selagi die menyewa rumah aku dan ia merupakan satu kontrak untuk jangkamasa setahun menduduki rumah aku itu. Dalam agreement nih juga mengandungi jumlah dan juga tarikh sepatutnya dijelaskan bayaran sewa bulanan. Penyewa wajib membayar full amount pada sebelum tarikh pembayaran sewa bulanan iaitu sebelum 1 haribulan setiap bulan dan juga deposit yang dikenakan ialah sebanyak 2+1 jika penyewa masuk pada pertengahan bulan aku akan kira sbg contoh penyewa masuk pada 12 haribulan katakan dan sewa bulanan adalah RM1000..so calculation die ialah

[(30 - 12) / 30 × RM1000] = RM600

Deposit 2 bulan × RM1000 = RM2000

Thus total would be RM600 + RM2000 = RM2600 sahaja..

Daripada deposit nih kita boleh tau komitmen die untuk bayaran bulanan selepas itu jika dia berdolak dalih dan macam-macam mintak kurang dan sbgnya itu menandakan akan ada masalah untuk die commit dgn sewa bulanan yg aku tentukan tapi atas budi bicara jugak aku pon paham so penyewa pon kene dan wajib paham regulations yg aku tentukan kalo derang nak sewa rumah aku jika susah sgt carik sahaja penyewa lain yang boleh bg komitmen…

3 Comments

  1. Sedang mencari rumah sewa berhampiran kawasan usim. Is there any available house for rent ?

  2. ade x rumah sewa murah berhampiran dgn nilai springs resort and golf .. kalau ade tlg inform ye ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

m4s0n501