Salam…

Lama jugak aku tak ride time weekdays…

Alhamdulillah hari ni berkesempatan ride di Putrajaya Challenge Park (PCP)…

Lepas setel hantar anak aku, aku terus memandu kereta aku ke PCP…basikal Yeti aku dah siap bubuh dalam kereta hahaha…nak beli roof rack macam tak berbaloi..dah laa mahal dan terdedah kepada risiko-risiko jatuh dan sebagainya…so cara paling selamat ialah aku bukak tayar depan dan belakang dan sumbat je dalam kereta aku…selamat…nak bawak lelaju pon tarahal…

Aku sampai di PCP tepat jam 8.30a.m…seperti yang aku jangkakan tiada orang pepagi nih..aku sorang sahaja…hahaha syiok kayuh sengsorang tapi kene berhati-hati laa sket..sebab kat dalam trail tu ko sorang aje…ade pun monyet dan beruk..untung sket jumpe babi..hahaha

Aku keluarkan frame Yeti aku dan pasang tayar semua… semalam hujan lebat..so trail agak lembab dan licin…kene precaution sket laa …

Memang tenang kat dalam tu…ditemani bunyi unggas dan bunyi-bunyian ranting jatuh disebabkan makhluk kera melompat-lompat dari dahan ke dahan…layann beb…

Aku seperti biasa buat full loop lebih kurang 6KM dalam masa 44′ 32”… adela 2 kali amik nafas..selfie..etc kat gazebo yang disediakan kat dalam tuuu…