19595_420896031324992_353493410_n

 

 

 

 

“Tak kenal maka tak cinta..” Pepatah yang begitu sinonim dengan kehidupan kita. Oleh yang demikian, kali ini saya akan memperkenalkan serba sedikit latar belakang MHA Services, apakah nature of business? dan halatuju MHA Services.

MHA Services ditubuhkan pada 27hb Januari 2013, idea penubuhan MHA Services bermula apabila saya melihat wujudnya situasi di mana keperluan untuk saya menapak dalam bisnes yang saya rasakan kebertanggungjawaban untuk meneruskan sunnah Rasulullah S.A.W., yang mana punca rezeki itu 9/10 datangnya drp berniaga insyaAllah. MHA Services merupakan salah satu anak syarikat MHAR GEMILANG RESOURCES yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pada dasarnya MHA Services lebih menumpukan bisnes yang berkaitan “renting” seperti rumah sewa, homestay, bilik sewa dan kereta sewa. Setakat bulan Mac 2013 keuntungan daripada hasil jualan amat memberangsangkan terutamanya kereta sewa. Saya yakin untuk tempoh 3 tahun akan datang MHA Services mampu melangkah lebih jauh berdasarkan permintaan yang menggalakkan untuk bisnes renting ini insyaAllah.

Harapan saya agar bisnes ini berkembang di masa hadapan dan saya telah merangka strategi untuk memperluaskan bisnes bukan sahaja bisnes sewaan tapi mungkin kepada bisnes online yang saya lihat semakin berkembang dan mendapat tempat dihati masyarakat pada hari ini.

Kereta Sewa Maluri

Kereta Sewa Maluri