Salam semua

Apa khabar kalian semua…agak lama aku tak mencoret di blog aku nih..dah agak bersawang hehehe…

Hari ni aku nak bercerita tentang satu cara untuk kita menyimpan duit kita melalui tabungan EMAS..siapa yang tak kenal dengan emas bukan? Ini bukan skim EMAS yang pernah femes satu ketika dulu tapi ianya merupakan satu kaedah PELABURAN dalam bentuk gram EMAS yang SAH di sisi undang-undang!

Secara konvensionalnya kita akan menyimpan wang kita yang kita perolehi melalui gaji, bayaran perkhidmatan, pembelian produk ataupun servis kita di bank-bank yang sah.. Tetapi melalui cara ini kita boleh tukarkan wang kita kepada bentuk 1 gram EMAS..menarik bukan? TETAPI harus diingat ini bukan suatu bentuk pelaburan jangka masa pendek tapi ianya merupakan jangkamasa panjang dan harga semasa EMAS juga adakala naik dan adakala turun..

Bagaimana caranya? MUDAH sahaja…apa yang aku buat adalah aku register secara online untuk bukak satu akaun di PUBLIC GOLD (PG).. cara nya korang boleh klik di link ini —>>PGREGISTER

Kemudian korang isikan form tersebut dan hantar… seterusnya korang akan dapat notifikasi melalui email daripada PG..pastikan email anda aktif! Korang akan dapat satu akaun sementara tanpa PG code seperti ini PG0011XXXX…PG code ini akan diberikan kepada anda dalam masa 2 hari berkerja… ataupun kalo korang dah tak sabar sangat, korang call branch yang berdekatan dengan korang sila rujuk SINI

Setelah korang dapat PG code tu barulah korang boleh beli minimum 1 gram EMAS.. harga semasa sekarang adalah RM190/gram EMAS…jadi apa tunggu lagi jadikan EMAS sebagai simpanan anda..anda hanya perlu masukkan nilai gram emas yang korang nak beli dan buatlah bayaran melalui online..semudah abc bukan??

DISCLAIMER

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang transaksi anda dan pihak PG!