HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Category: sublet

PERJANJIAN SEWA RUMAH (in English)

Salam semua..

===========

BERITA BAIK

===========

Kepada semua tuan tanah, para subletter dan juga mereka yang bakal  menjadi tuan rumah; anda tidak perlu bersusah-payah untuk memerah otak untuk menyediakan perjanjian sewa rumah.

Kini anda boleh mendapatkan copy perjanjian sewa rumah dalam bahasa Inggeris dengan bermodalkan RM20!

Perjanjian ini lengkap dan disusun secara formal agar boleh dijadikan sebagai dokumen sokongan untuk sebarang urusan perbankan dengan syarat ianya di “mati” kan setem HASIL. Segala urusan matikan setem HASIL ini boleh dibuat di kaunter LHDN berdekatan anda.

Contoh perjanjian sewa rumah seperti di bawah:

 

Cara pembayaran adalah seperti di bawah:

  1. Anda boleh whatsapp di talian 0166665859 untuk membeli copy tersebut,
  2. Buat bayaran sebanyak RM20 ke dalam akaun CIMB bernombor 8600085774 atas nama MHAR GEMILANG RESOURCES.
  3. Sila hantar bukti pembayaran di whatsapp dan tinggalkan email anda.
  4. Saya akan emailkan copy tersebut ke alamat email anda dalam tempoh 24 jam.

Sekian, terima kasih

Iklankan Rumah Sewa Anda di hafidzahmad.com!!

Salam semua pengunjung setia hafidzahmad.com..Bagaimana hari anda hari ini? Aku doakan agar kalian sentiasa sihat walafiat dan diberkati oleh Allah S.W.T sentiasa.

Aku sebenarnya nak bagitau kat korang yang MHA Services in collaboration with hafidzahmad.com menyediakan platform untuk sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan rumah sewa, bilik sewa, apartmen sewa, homestay etc; anda hanya perlu maklumkan admin hafidzahmad.com ataupun admin page FB MHA Services dengan menghantarkan email ke alamat hafidzahmad52@gmail.com. Term and condition adalah seperti di bawah:

1) Pastikan iklan tersebut original dan genuine tanpa meniru iklan orang lain, copy paste, plagiat dsb;

2) Sertakan penerangan terperinci tentang saiz keluasan rumah, berapakah bilik tidur dan bilik air, rumah jenis apa..dan juga alamat rumah tersebut.

3) Sila sertakan sekali gambar rumah tersebut tanpa sebarang tulisan yang tertera di atas photo tersebut..watermark pon tak nak!

4) MHA Services dan hafidzahmad.com mempunyai hak 100% terhadap maklumat dan juga photo yang telah diberikan untuk tujuan pengiklanan.

5) Pihak admin berhak me”reject” sesebuah iklan jika kami rasakan ade antara syarat-syarat yangt telah di langgar..tetapi anda juga berhak untuk resubmit balik iklan anda tersebut kepada pihak kami, dan kami tiada masalah untuk menilai semula applications anda itu.

6) Service ini adalah PERCUMA dan kami tidak kenakan sebarang bayaran!

Sebarang pertanyaan berkaitan hal ini boleh diajukan terus kepada admin dengan menghantar email kepada hafidzahmad52@gmail.com. Sekian, terima kasih daun keladi

 

Admin

hafidzahmad.com

MHA Services

MHA Services Logo

Inilah logo korporat kami MHA Services:

 

finale2

Pilihan anda yang tentukan…

Salam semua..hidup ini penuh dengan pilihan sebenarnya. Sedar atau tidak kita hidup ini Allah bagi bermacam nikmat salah satunya nikmat akal..dengan akal nih kita boleh menilai dan menaakul setiap dimensi kehidupan kita ini. Kita boleh memilih samada kita nak kehidupan kita biasa-biasa sahaja ataupun luar biasa dari biasa? Pening tak?hehehe..

Dengan akal juga kita boleh memilih hak dengan batil, keperluan ataupun kehendak. Sebelum itu apa pilihan yang kita ada sebenarnya? Adakah kita melihat apa yang berlaku di sekeliling kita sebagai satu peluang? Penting ker nak kenalpasti peluang yang ada atau sekadar biarkan sahaja peluang itu berlalu pergi begitu sahaja tanpa kita grab peluang tersebut? Kita mungkin dibesarkan dalam family yang kaya-raya, tapi adakah kekayaan tersebut akan berkekalan untuk 100 tahun lagi, atau mungkin juga kita dilahirkan miskin papa kedana, tapi adakah kita akan terus papa kedana untuk 100 tahun lagi tuan-tuan sekalian? Banyak soalan plak haha…tapi ini realiti kehidupan kita sekarang, graduate drp IPTA/IPTS kita akan junjung ijazah kita ke hulu ke hilir mencari kerja, menghadiri temuduga kerja untuk dapatkan kerja yang bagus dan imbuhan yang besar..aku akui memang pernah melalui saat dan ketika ini. Bila berjaya dapat kerja, tudiaa buat kenduri jemput tok imam buat kenduri kesyukuran, tumbang lembu seekor! Rata-rata inilah yang kita lalui dan bakal lalui..hidup biasa-biasa…memang inilah salah satu cycle kehidupan kita…dah dapat kerja tu duk kumpul duit nak nikoh plak! ai marka @ girlfren or boyfren dah menanti…cukup duit nikah laa kawan…membina kehidupan berfamili..beranak-pinak dah tu menetap di kotaraya besar KL plak yang segala-galanya tinggi, bangunan tinggi, harga semua tinggi, senang  citer living cost tinggilah..so apa pilihan kita, mengharapkan gaji bulanan kita sahaja untuk tampung kehidupan kita sehari-hari?..ada yang mula apply card credit…duit abes nak blanja swipe je card credit tu..beli barang shopping, makan semua segala-galanya gunakan card credit..easy money!..statement datang umah, terkejut member besar dah hasil “swipe”-an. OK CUKUP!!!

Tenancy Agreement (TA)

Tenancy Agreement (TA)

Kite revert balik situasi lepas grad tadi..bila hutang dan komitmen belum bertambah…dapat kerja tetap je..gaji first tu kita dah pikir dah ape nak buat dengan slip gaji yang masih cantik molek bersih daripada potongan yang ade cuma potongan KWSP. Figure pon cun lagi so ape kita buat?..Fikir bagaimana nak bagi duit tu beranak-pinak…daripada RM1k jadik RM2k dan seterusnya..cara dia ialah kita invest duit kita tu..so apa yang nak di investkan? Sekali lagi pilihan di tangan anda, anda yang tentukan hidup anda atas mukabumi ini..salah satu investment ialah PROPERTY..ataupun hartanah..hartanah nih appreciation dia dalam masa kurang daripada setahun cukup tinggi. So gaji bulan pertama tadi simpan dulu jangan sebok nak pakai kete besor pakai je dulu motor time blajaq dulu tuu..kan ke dah saving kat situ…kalo nak pakai kete pon beli kete second hand ataupun yang instalment bulanan tak tinggi kalo boleh kurang drp RM500 lagi bagus…cukup tiga bulan slip gaji tuh kita pon carik laa rumah untuk kita beli as first house. Fasa nih penting sebab kat sini kita boleh tentukan dan sekali lagi pilihan di tangan kita samada kita nak jadik player capital gain atau cashflow. Maksud cashflow nih kita gain profit daripada kadar sewaan semasa, manakala capital gain nih kita beli property tu kemudian kita buat flipping or kita jual balik dengan harga dan Market value semasa!…Untuk HIDUP LUAR BIASA, kita beli first house kita bukan untuk duduk tapi kita bagi sewa kat orang hahaha…menarik bukan..kita duk jerla umah sewa…tapi dengan positive cashflow daripada sewaan tadi kita guna duit tu untuk bayar plak sewa atau kita topup sikit duit kita bayar duit umah sewa kita tuu..menarik bukan?..Di sini peri pentingnya Tenancy Agreement yang aku duk canang kat post sebelum nih..apa penting TA nih? Untuk next property kita boleh gunankan TA nih as supporting documents kita untuk apply loan kat bank..taruk laa dalam TA berapa kadar sewaan sebulan rumah first tu lagi tinggi lagi bagus so dah dapat positve cashflow dah kat situ..so di mata pihak bank ni bukan kita yang bayar instalment bulanan tu tapi penyewa kita, ader orang tolong byarkan utk kita hehehe…ulang lagi procedure untuk 5 kali lagi sampailah rumah korang ade 10  atau lebih lagi..

Selamat mencuba dan maju jaya!!

p/s: kalo nak contoh TA tu bleh email aku… hafidzahmad52@gmail.com 

 

 

 The 3 C’s of life: 

CHOICES, CHANCES, CHANGES

You must make a choice to take a chance or your life will never change!

 

Closed deal..

Bertemu bakal tenant untuk projek sublet di Damansara Damai..Alhamdulillah Tenancy Agreement (TA) dipersetujui bersama untuk kontrak satu tahun..Sempat bercerita tentang passive income dan bisnes Mommysakinah.com…nampak berminat untuk jadik agen alhamdulillah..killing two birds with one stone!!

Tenancy Agreement (TA)

Tenancy Agreement (TA)

Tips Sublet..

Salam ketemu lagi dalam posting kali ini dan aku cuba bawa korang tips SUBLET, mungkin ada antara kalian yang lebih arif daripada saya dan aku open the floor untuk kita diskusi topik nih lebih mendalam insyaAllah. Buat pengetahuan korang, Damansara Damai nih mmg strategik walaupun ianya bukan sebuah daerah cuma salah satu housing estate tapi kawasan ini lengkap dengan pelbagai infrastruktur dan amenities..kepadatan penduduk agak tinggi. Pelbagai latar belakang mendiami kawasan ini. Bagi aku apa yang perlu kita buat sebelum buat sublet ialah:

1) kenal pasti niche kite, siapa yang berpotensi mendiami bilik sewa kita, adakah ada kolej ataupun pusat pengajian di situ, selain peluang pekerjaan yang berpotensi menarik orang luar untuk mendiami sesebuah kawasan itu ataupun sekeliling dia, sebagai contoh Damasara Damai nih terletak tidak jauh dari Sg Buloh, apa yang ada di sungai Buloh tu, senang citer Hospital laa, sape yang koje kat Hospital tu yang berpotensi menjadi penyewa kita, of courselaa nurse. Selain itu Damansara Damai nih terletak tidak jauh dari Kota Damansara, Ikea, jauh sikit Bandar Utama. Bile sesubuah kawasan itu maju dari segi prasarana, kemudahan pengangkutan awam yang baik ia akan menarik orang luar untuk mendiami sesebuah kawasan itu..

2) Bagi saya kalo kita nak buat sublet lagi crowded kawasan tu lagi bagus! sebab memang orang nak duduk kawasan tu..hehehee

3) Budget tu kene ada, kalo constraint on budget kita boleh carik partner utk JV dgn kita

4) Survey dan case study mmg penting sebelum buat sublet nih berbalik kepada point no 1 di atas..

5) Cara pengiklanan juga memainkan peranan untuk kita tarik penyewa kita so far medium yang saya gunakan hanyalah online iaitu BLOG dan juga mudah.my sahaja..itupun alhamdulillah ramai yang bertanya..

6) Closed deal tu penting juga untuk kita grab prospek kita dan seterusnya menyewa bilik di apartment kita tu..dan

7) Kontrak dan agreement penting bagi kita supaya kita secure sebab sublet nih orang keluar masuk tu memang cepat, so kita kene bagitau derang awal2 kontrak adalah setahun!

Aku harap apa yang aku kongsikan nih sedikit sebanyak membantu kalian..semoga maju jaya

insyaAllah..

 

Projek Sublet

Alhamdulillah projek sublet kedua @Damansara Damai sudah 90% completed. Tinggal touch up sedikit sahaja lagi dan lepas tu siap sedia untuk disewa.. Rumah fully-furnished and utility bills is covered in the monthly rental fees! Bilik tidur ada 3 dan 2 bilik air. Untuk bilik 4 orang kadar sewa untuk seorang ialah RM190, bilik untuk 2 orang sewa bulanan ialah sebanyak RM250 dn bilik single pulak RM270 seorang. Sewa bulanan untuk rumah yang dibayar kepada tuan rumah ialah sebanyak RM450, cuba kita kira bape income atau profit sebulan?

Bilik untuk seorang = RM270 x 1 = RM270

Bilik untuk 2 orang = RM250 x 2 = RM500

Bilik untuk 3 orang = RM190 x 4 = RM760

so total ialah          = RM1530

Profit = RM1530 – RM450 – RM100 (utiliti) = RM980 sahaja…..

Modal untuk melengkapkan rumah nih dengan kelengkapan dan juga perabot lebih kurang RM8000.

So mari kita kira Return on Investment (ROI) utk setahun:

ROI = (Gain on Investment – cost of Investment)/(Cost of Investment)

= ((RM1530 x 12) – (RM450 x 12) – (RM100 x 12) – RM8000) / ((RM450 x 12)+(RM100x12)+RM8000))

= 3760/14600

= 0.508 0.2575 x 100 >> berlaku ralat di situ, terima kasih kepada Noris!

= 51 25.75%

Sikit ye tak???

Ruang tamu

Ruang tamu

 

TV LED

TV LED

 

Bilik single

Bilik single

 

Bilik untuk 2 orang

Bilik untuk 2 orang

 

Bilik untuk 4 orang

Bilik untuk 4 orang

 

IMG_20130703_164953

Washing machine

 

IMG_20130703_164944

Bahagian dapur yang dilengkapi dapur gas dan juga fridge

MHA Services FB page untuk para sahabat FB yang budiman…

image

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑