HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Category: MHA Services (page 1 of 3)

Selamat Hari Raya…

KERETA SEWA MALURI…

NEW POSTER

SILA KLIK POSTER DI ATAS

KERETA SEWA MYVI VIVA ALZA PERSONA VELLFIRE

Salam semua..

Agak lame aku tak update blog hafidzahmad.com nih!! Agak sebuk dengan bisnes kereta sewa aku yang aku running fulltime sekarang. Pejam celik..pejam celik.. dah hampir 16 bulan aku buat bisnes kereta sewa nih..bermula dengan hanya 2 buah MyVi Auto 1.3, berkembang dan terus berkembang..in sha Allah dalam masa terdekat ini Kereta Sewa Maluri (KSM) akan tampil dengan segmen MPV iaitu Perodua Alza dan juga Toyota Vellfire 2.4 bagi memenuhi keperluan pelanggan budiman kami.

Setelah mengambil kira beberapa faktor yang aku rase kekuatan Marketing Online untuk bisnes kereta sewa ini perlu sejajar dengan perkembangan IT dan aku ghase ade baiknya aku setup blog khas untuk KERETA SEWA MALURI nih!! Walaupun ramai di luar sana lebih mengenali KSM melalui FB page tapi kelebihan blog ade juga di situ.. Maka aku ingin war-warkan pada semua blog terbaharu KSM iaitu keretasewamaluri.blogspot.com, simple sahaja blog tak fancy pon..aku nak audience tau kewujudan blog Kereta Sewa Maluri dan ade feedback serta yang paling utama boleh closed deal hehehehe… in sha Allah kita berusaha Allah yang tentukan rezeki Allah bagi kat kita!!

BLOG KERETA SEWA MALURI (KSM)

BLOG KERETA SEWA MALURI (KSM)

Kereta Sewa Maluri FB Page

Salam semua

Rasenye agak lama aku tak update blog aku nih..hari ini aku bukan blog nih, tengok-tengok ramai viewer posting bab ATC hehehe..mungkin ramai di luar sana yang berminat nak join as ATC..ape kobondo ATC nih? ATC adalah singkatan bagi AIR TRAFFIC CONTROLLER..the most stressful job in the world..jika ada di luar sana yang nak hidup die stress bleh laa try koje nih hahahaha…

OK sebenarnya aku nak update pasal Facebook Page baharu untuk bisnes kete sewa aku..segala aktiviti aku berkaitan dengan kereta sewa akan aku update melalui FB Page aku nih iaitu Kereta Sewa Maluri. Jika sebelum nih aku banyak update dan mostly aku update pasal kereta sewa nih kat MHA Services FB Page..tapi disebabkan agak celaru di situ dan potential customer susah nak trigger bisnes aku so aku pon setup la account baru untuk FB page yang hanya concentrate on car rental sahaja. Aku harap dengan adanya FB Page ni memudahkan penggemar FB di luar sana dan juga friends aku dapat semua updates berkenaan Kereta Sewa Maluri ini in sha Allah..

Segala persoalan dan pertanyaan berkenaan bisnes kereta sewa bolehlah diajukan melalui PM kat FB Page Kereta Sewa Maluri ataupun call sahaja aku di talian yang tertera di Page KSM tuuu..

THANKS FOR YOUR SUPPORT

Kereta Sewa Maluri bizpartner of KLezCar.com

Front page Kereta Sewa Maluri

Pembelajaran dan pengalaman baru..

Salam semua, ketemu lagi kita dalam posting aku nih. Kali ni aku nak bawak korang menelusuri satu bidang kerja yang memerlukan skill yang tinggi serta ketelitian demi menjamin kepuasan hati pelanggan budiman. Tak lain dan tak bukan ialah “Detailing”. Untuk pengetahuan semua tak banyak carwash yang ade perkhidmatan ataupun servis detailing ni. Oleh yang demikian pihak pengurusan KLezcar car rental telah mengadakan satu sesi training untuk detailing yang bertempat di Shell USJ 7. Ia merupakan closed session yang hanya terbuka kepada bizpartner KLezcar sahaja.

Alhamdulillah aku berkesempatan mengikuti training tersebut..tenaga pengajar merupakan seorang detailer berpengalaman luas dalam bidang detailing. Kami telah diajar teknik basuhan kereta yang betul agar kereta tampak  lebih bersih dan paling utama pelanggan berpuas hati dengan servis kita. Kredibiliti amat penting supaya pelanggan percayadengan khidmat dan servis yang kita provide. Kita biasa dengar dengan 1,2 or 3 layer.. tapi apakah ia sebenarnya, daripada session yang aku sertai tu aku kenal pasti bahawa first layer and second nih adalah treatment untuk kereta kita. Di mana kita akan applykan compound yang memang berkualiti iaitu daripada jenama Meguiara’s yang

High quality compounds

High quality compounds

diimport daripada USA. Produk ini memang terkenal seantero dunia bagi tujuan detailing ini dan harga dia pun boleh tahan jugak! Tapi sebelum kita applykan compund nih kat body kereta, kita kena tutup bahagian-bahagian yang mempunyai gap dan yang bergetah disebabkan bahagian yang mempunyai gap ini adalah bahagian yang catnya nipis dan mudah rosak serta mengelakkan daripada kotor terkena compound bagi bahagian yang bergetah tadi. Terdapat 3 jenis compound berlainan yang dilabelkan sebagai 83, 85, dan 151; masing-masing mempunyai fungsi bagi tujuan treatment itu tadi. Setelah kita applykan compound nih pada body kereta, kita dapat kenalpasti samada cat kereta kita itu masih lagi elok ataupun tidak serta calar-calar pada body kereta juga dapat dihilangkan menggunakan compound daripada jenama Meguiara’s ini. Last sekali kita akan applykan coating kat body kereta agar ia tahan dan berkilat dan bergemerlapan bak berlian yang disinari cahaya lampu suluh..wakakaka..

Untuk package detailing nih akan aku update kat wall FB page MHA Services dari semasa ke semasa insyaAllah! Anda sayangkan exterior kereta anda, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan perkhidmatan detailing yang terbaik hanya daripada KLezCarwash yang terletak di Shell USJ 7…

Menggosok bumper bagi kilat

Menggosok bumper bagi kilat

Kesan "Burnmark" terhasil bile kita grinding lama sangat

Kesan “Burnmark” terhasil bile kita grinding lama sangat

Bintik putih terhasil akibat cat yang terkena serpihan-serpihan kecil batu

Bintik putih terhasil akibat cat yang terkena serpihan-serpihan kecil batu

grinding1

Otai detailer

Otai detailer

Beriya grinding nak belajar detailing punya pasal

Beriya grinding nak belajar detailing punya pasal

Proses menutup gap sebelum proses treatment dilakukan

Proses menutup gap sebelum proses treatment dilakukan

Memang gembira betul mamat nih belajar detailing

Memang gembira betul mamat nih belajar detailing

2 dalam satu malam

Salam semua, alhamdulillah ketemu kita dalam posting kali ini…pasal kereta sewa aku. Siang tadi aku terima banyak msg dan call daripada customers yang bertanyakan kereta sewa, ada yang nak sewa seminggu, sehari, 3 hari untuk weekends nih yelah cuti pon sampai Isnin sebab Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56..ada yang lupa tarikh kita Merdeka? Kono laa ingat yer tak? hehehe…

Daripada kesemua panggilan tu yang betul-betul serius nak sewa ialah sepasang suami isteri dan juga seorang remaja perempuan. Si isteri yang text aku bertanyakan kereta available untuk 3 hari bermula hari Jumaat 30hb Julai hingga Isnin 1hb September? Aku mulanya nak cakap jer fully booked dan nasib baik aku konpemkan balik dengan pemanggil sebelum tu yang nk sewa kereta aku untuk seminggu sebab kereta masuk workshop, alhamdulillah dia tak jawab panggilan aku dan tak balas msg aku so aku assume dia tak berminat untuk sewa kereta aku tuu..Aku pon terus call Puan Jun (bukan nama sebenar) untuk konpemkan time dan juga location untuk delivery. Beliau menyatakan bahawa kereta nih nak disewakan guna nama suami dia yang juga seorang expatriates berasal dari Denmark, so aku pon bagitau laa yang dokumen diperlukan berupa salinan passport, International License dan juga utility bill. Pada asalnya die nak sewa kereta aku nih bermula hari Jumaat 30hb Ogos, tapi disebabkan aku kerja esok so aku takleh nak deliver keesokan harinya maka aku pon kawtim dengan beliau aku hantar kereta tu malam nih jugak tapi aku tak charge laa yang aku hantar malam nih so the charges will be starting from 30hb Ogos sampai 1hb September, rental charges for 3 days so total amount adalah RM360 plus RM150 deposit which is refundable once returned the car and also RM30 for delivery charges. Yang aku beriya-iya speaking pasai apa pulak..hahaha…so aku pon hantarla kereta kat Puan Jun pukul 9.30PM kat The Meritz, Jalan Mayang off Jalan Ampang. Wife aku pon follow dari belakang, yelah kang camno plak aku nak balik nak naik teksi kang charge mahal plak sebab malam, meter rosaklah, wakakaka…

Berpandukan pada GPS aku jumpa gak laa The Meritz nih memang HIGH CLASS punye kediaman laa..orang kaya je duk kat sini..lebih kurang 10minit menunggu, Pn Jun dan suami pun turun, melihatkan raut wajah beliau dan suami aku tgk agak berumur mungkin awal 40-an..Aku bersalaman dengan suami beliau dan memperkenalkan diri aku..nak dijadikan cerita Pn Jun nih asal orang Melaka, Kesang…Kesang dengan Muar takdelaa jauh mane aku cakap…kami berbual panjang…beliau dan suami berkenalan di Denmark dan hampir 13 tahun mendirikan rumahtangga tapi belum ade rezeki dikurniakan cahayamata..Suami beliau merupakan IT specialist dan opis beliau terletak tak jauh dr The Meritz tu…so gi koje jalan kaki je..tghari balik makan kat rumah cerita Pn Jun hehehe…Beliau  lebih suka tinggal di Malaysia sebab taxes tak BANYAK! compared to Denmark which is you have to pay 65% from your monthly salary, tapi kalo ade anak memang advantage laa sebab goverment Denmark will provide everything for your children..best kan??Aku pun ceritalah latar belakang aku sikit, bisnes apa aku buat, sesuatu yang menarik aku dapat malam nih..hehe..leka berborak sampai aku terlupa yang aku kene deliver kereta plak pukul 10PM kat Petronas Taman Maluri..so duit dah dapat rental aggrement form pon dah sain..aku pun mintak diri untuk beransur..

Menarik sebenarnye bile kite dapat jumpe mereka yang ada pengalaman dan kehidupan mereka yang pelbagai..kalo korang nak tau mereka suami isteri menyewa jer kat The Meritz tu..dan kadar sewaan sebulan untuk fully-furnished ialah RM6K lebih..tapi mungkin tak besar bagi expat cam suami Pn Jun tuuu..standard condo fully-furnished laa..dah dekat Pusat Bandar Kuala Lumpur KLCC..memang laa mahal!!  Ape pun alhamdulillah kereta aku semua rented out this weekend so takdelaa aku risau kereta tak jalan weekend..syukur ya Allah!!

Iklankan Rumah Sewa Anda di hafidzahmad.com!!

Salam semua pengunjung setia hafidzahmad.com..Bagaimana hari anda hari ini? Aku doakan agar kalian sentiasa sihat walafiat dan diberkati oleh Allah S.W.T sentiasa.

Aku sebenarnya nak bagitau kat korang yang MHA Services in collaboration with hafidzahmad.com menyediakan platform untuk sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan rumah sewa, bilik sewa, apartmen sewa, homestay etc; anda hanya perlu maklumkan admin hafidzahmad.com ataupun admin page FB MHA Services dengan menghantarkan email ke alamat hafidzahmad52@gmail.com. Term and condition adalah seperti di bawah:

1) Pastikan iklan tersebut original dan genuine tanpa meniru iklan orang lain, copy paste, plagiat dsb;

2) Sertakan penerangan terperinci tentang saiz keluasan rumah, berapakah bilik tidur dan bilik air, rumah jenis apa..dan juga alamat rumah tersebut.

3) Sila sertakan sekali gambar rumah tersebut tanpa sebarang tulisan yang tertera di atas photo tersebut..watermark pon tak nak!

4) MHA Services dan hafidzahmad.com mempunyai hak 100% terhadap maklumat dan juga photo yang telah diberikan untuk tujuan pengiklanan.

5) Pihak admin berhak me”reject” sesebuah iklan jika kami rasakan ade antara syarat-syarat yangt telah di langgar..tetapi anda juga berhak untuk resubmit balik iklan anda tersebut kepada pihak kami, dan kami tiada masalah untuk menilai semula applications anda itu.

6) Service ini adalah PERCUMA dan kami tidak kenakan sebarang bayaran!

Sebarang pertanyaan berkaitan hal ini boleh diajukan terus kepada admin dengan menghantar email kepada hafidzahmad52@gmail.com. Sekian, terima kasih daun keladi

 

Admin

hafidzahmad.com

MHA Services

Ramadhan berlalu pergi, Syawal dirai..

Salam Lebaran kepada semua sahabat taulan dan pengunjung setia hafidzahmad.com, rase terlalu cepat Ramadhan pergi meninggalkan kita. Sedar tak sedar sudah sebulan kita menahan lapar dan dahaga serta nafsu kita di bulan Ramadhan. Hati ini terasa pilu mengenangkan perginya Ramadhan yang penuh keberkatan. Mari kita berdoa agar segala amalan kita sepanjang especially ibadah kita diterima oleh Allah, moga Allah memberkati setiap apa jua yang kita lakukan dan moga Allah panjangkan umur kita untuk kita bertemu lagi Ramadhan akan datang ini insyaAllah.

ETS ke Ipoh...

ETS ke Ipoh…

Hari ini aku pulang ke kampung halaman wife aku di Chemor, Perak. Wife aku dan anak-anak pulang sehari lebih awal ke kampung membuat persiapan Hari Raya. Aku pulak tak dapat nak join sebab aku kerja, pagi semalam baru pulang, tambahan pulak aku kene deliver kereta sewa kat customer pagi semalam. Alhamdulillah kereta sewa aku keluar disewa untuk seminggu dan 2 minggu. Kepulangan aku ke kampung kali ini ditaja oleh KTMB hahaha…di “TAJA” tuu banyaklaa…beli laa tiket naik ETS dari KL Central ke Ipoh. Train aku bertolak pukul 6.00PM dan sampai di stesen Ipoh lebih kurang pukul 6.45PM waktu Malaysia. OK laa takde aku penat bawak kete dari Maluri balik Chemor, plan asalnya aku dan wife serta anak-anak pulang naik ETS tapi disebabkan wife aku dapat cuti awal so derang balik laa awal. Adelaa insiden yang berlaku dalam train semalam, ade seorang pakcik nih die nak balik Ipoh gak tapi tiket takde, so die pon naik la coach aku, Coach “C” dan die cakap kat conductor train tu yang die sanggup bayar double untuk naik train ke Ipoh tuu..tapi jawapan yang diberikan oleh conductor tu agak mengecewakan “Seat dah penuh, pakcik”…aku lihat wajah redup pakcik yang agak kecewa mendengarkan jawapan tersebut…aku yang kebetulan duduk di seat 5C terus bersuara, entah dari mana datang suara aku pon tak tau mungkin inilah yang dikatakan spontaneous tindakan luar kawal aku atas dasar belas ehsan aku berikan tiket lebih yang ade kat tangan aku..(tiket lebih sbb wife aku ngan anak-anak tak naik train tuuu)..aku berikan tiket aku tu kat conductor tu, lalu diberikan pada pakcik tuu sambil berkata “nanti pakcik bayar kat abang tuu!!”…aku dengan selamba balas balik “TAK PAYAH BAYAR”…wajah pakcik tuu bersinar bila dapat tiket tuu…gembira aku tengok wajah pakcik tuuu…alhamdulillah tercapai hajat pakcik tuu nak balik Ipoh hari tuu ESOK GHAYE YEOP!!..aku pun tak rugi pape pon..hehehe…

Sepanjang perjanalan 2 jam 45minit tu aku isi dengan merenung ke luar mengenangkan berlalunya Ramadhan kali ini..ntah diterima atau tak amalan aku, yang penting bersangka baik dengan Allah dalam apa jua perkara dan pengharapan kebergantungan kita HANYA pada Allah jangan sandarkan pada Makhluk..sepangjang perjalanan tu jugalah aku terima 3 panggilan telefon bertanyakan kereta sewa available lagi ke tak? untuk esok dan ade yang nak sewa hari tuu..tapi apakan daya aku aku mohon maaf kat derang semua yang kereta sewa aku semua dah abes disewa seminggu untuk Syawal kali nih…terdetik kat hati kecil aku nih, kesian kat derang mungkin derang nak sangat guna kereta sewa nak berjalan menziarahi sanak-saudara ataupun pulang ke kampung sebab tiket dah abes ataupun pelbagai sebab munasabab yang aku rasa jika aku ade lagi kereta sewa memang aku sewakan kereta aku kat derang tapi tulahh..tiada sudah kereta. Ade yang meletakkan telefon dengan suara kecewa, ya Allah aku rasakan ini satu tanggungjawab aku untuk tolong derang dan penuhi hajat derang..maka jika aku tak dapat penuhi tanggungjawab aku tu ampunilahh aku ya Allah..sebenarnya bila kita buat sesuatu bisnes tuu kita tidak boleh meletakkan keuntungan semata-mata tapi anggap ia sebagai satu cara kita selesaikan masalah orang lain juga!!..

“Stesen seterusnya IPOH”, terdengar suara dari corong intercom yang menandakan destinasi aku sudah sampai..hati nih berbunga-bunga nak lekas turun dari train, dan aku teringat yang aku belum solat Asar lagi..dan ketika kau menghampiri pintu keluar, pakcik tadi menyapa aku sambil berkata, “Anak nih tadi ke yang bagi tiket kat pakcik, terima kasih nak!” sambil melemparkan senyuman yang aku rase cukup manisss..aku balas balik “Ye pakcik” dan aku bertanyakan die nak balik mane dan die menjawab nak balik Gunung Rapat. Kami bersalaman dan aku mengucapkan selamat Hari Raya kat pakcik tuu…aku bergegas mencari Surau nak menunaikan solat Asar..Setelah selesai aku bersolat Asar aku ke bahagian Lobby menunggu wife aku datang jemput aku…Hilang rase penat aku melihat senyuman mereka yang aku tak kenali, ade kemanisan di situu..sebab tu Senyuman itu satu Sadaqah..tak susah pon nak bersadaqah senyum jer ponn…terima kasih ya Allah!! Tak lama lepas tu wife aku dan anak-anak pon sampai, adik ipar aku yang drive kete, melihatkan senyuman derang terutamanya anak-anak aku dan wife aku bertambah bertenaga aku petang tuu…hehehe…

Matahari terbenam menandakan berlalulah Ramadhan 1434H

Matahari terbenam menandakan berlalulah Ramadhan 1434H

Aku tinggalkan korang dengan kata-kata ini…

Ramadhan berlalu pergi, hati terasa pilu tatkala melihatkan senja menjengah…

Andai aku boleh putarkan masa, ingin rasanya aku balik semula ke belakang tapi apakan daya aku

itu adalah mustahil bagiku…

Syawal bakal dirai dengan takbir dan bertahmid memuji kebesaran Ilahi…

Moga Ramadhan yang berlalu pergi menjadi madrasah bagi kita menjadi insan yang bertaqwa pada Ilahi…

Moga Allah ketemukan kita dengan Ramadhan lagi insyaAllah…

Syawal 1434H aku berharap ia disambut dengan penuh kesyukuran…hari kemenengan buat semua umat Islam di seluruh  pelusuk dunia…

 

Salam lebaran 1434H

MHA Services Logo

Inilah logo korporat kami MHA Services:

 

finale2

Aku, Raya dan Kereta Sewa…

Salam semua, Ramadhan bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Minggu-minggu terakhir Ramadhan nih ramai yang sebuk membuat persiapan menyambut Hari Lebaran, pelbagai persiapan diatur tidak kurang pula yang mencari kereta sewa untuk disewa di hari Syawal nanti.

Alhamdulillah minggu terakhir Ramadhan nih banyak panggilan aku terima bertanyakan kereta sewa dan demand paling tinggi ialah MyVi Auto. Syukur semua kereta sewa MyVi aku telah dibooked, dan bila ada antara pemanggil yang bertanyakan kereta sewa serba salah aku, kesian plak aku nengokkan..yelah ade tu yang mengharap kereta nak gunapakai mase raye nak bawak famili..tapi apakan daya aku..kete semua telah abes dibooking..rata-rata amik seminggu terus, ade yang nak sewa raye pertama, kedua, senang aku suh derang amik keta sehari sebelum raye, yelah aku pun nak raya gak hahaha…memandangkan sambutan yang menggalakkan di musim perayaan nih, aku lebih positif untuk menambah bilangan kereta sewa aku, so double up aku punye kereta sewa yang sedia ada, insyaAllah lepas raya nih ade investor nak pajakkan kereta, kalo boleh nak suruh jer kuar sebelum raya tapi cam dah terlewat plak, so next perayaan yang akan datang insyaAllah kapasiti akan bertambah untuk memenuhi kehendak pelanggan. Orang sebok nak raya gi shopping aku plak sebok arrangekan kete sewa aku. Kereta Viva aku yang selalu aku bawak gi kerja pon aku belasah gak buat kereta sewa, mungkin aku rase kereta ini adalah liabiliti yang cepat susut nilai dalam masa kurang setahun so untuk jadikan dia assets aku sewakan jer kereta aku tuuu…dapat gak income kalo sewakan seminggu dah lepas ansurans bulanan aku tuu..kereta ade jer standby nak guna ke hulu ke hilir takde masalah selagi boleh henjut sewa..aku henjut jer…

Bab shopping semua tuu.. actually aku dah setel dah awal Ramadhan lagi, aku takderlaa shopping mane pun, yang lebih kat anak-anak aku jer. Yerla dah setahun sekali raya, belikan laa 2-3 pasang baju raya..kitaorang punya warna tema raya tahun nih hijau daun pisang…sedondonla semua..alhamdulillah…bab shopping raya nih aku nak peringat sket laa kat semua termasuk diri aku sendiri, janganlah boros sangat semua nak beli kalau ghase baju tahun lepas, songkok, sampin bleh pakai lagi why not pakai jer yang lama tu..kalo dah duk simpan dalam lemari jer tak kuar tak pakai dari tahun lepas kan ker membazir namenyer tu..ingatlah ade orang yang lebih susah daripada kita, sebelum tuu zakat jangan lupa bayar plak tak susah nak membayar zakat nih, amil pon duk tunggu standby jer kat shopping complex tu kaki lima masjid, untuk Selangor dan WP Kuala Lumpur kadar bayaran zakat tahun ini 1434H bersamaam tahun 2013M ialah RM7 sahaja bukan mahal mane pon yer tak?? tak ke mana pon duit korang kuarkan tu balik balik kat korang punyelaa insyaAllah!!

 

 

Older posts

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑