HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Category: Mentor

Seminar Property Investment by Shahril Sidek & Pie2020

Salam dan selamat sejahtera semua, posting kali ini saya nak kongsikan pengalaman menghadiri seminar Property Investment yang disampaikan oleh otai dalam bidang hartanah dan tidak asing lagi iaitu Shahril Sidek dan Pie2020. Seminar berlangsung pada hari Ahad lepas iaitu pada tarikh 16hb Jun 2013 bertempat di Bilik Seminar Property Investment yang terletak di Taman Kajang Putra. Seminar kali ini dihadiri seramai 29 orang peserta yang rata-rata dari Lembah Klang dan ada juga yang datang dari luar sebagai contoh ada yang dari Pasir Gudang, Johor, Melaka, dan Pantai Timur.

Shahril Sidek in da House

Shahril Sidek in da House

Seminar bermula pukul 9.30AM, dimulakan dengan sesi pengenalan biodata speaker oleh BRADER ni. Aku memang kenal sangat mamat nih sebab dulu pernah satu tempat kerje kat ATCC Subang. Tapi sekarang tidak lagi, since awal tahun 2013 die dah resign daripada kerje Gomen tinggallah aku yang masih lagi ber ‘title’kan EMPLOYEE..hahah layan jer laa..banyak sebenarnya input yang disampaikan daripada basic tentang terma-terma dalam pelaburan hartanah contohnya apa itu S&P/SPA, DOA, Deed of Assignment, POS dan banyak lagi. Disamping pendedahan yang komprehensif mengenai kategori-kategori hartanah yang menyentuh apa itu Hakmilik Kekal (Freehold) yang boleh di bahagikan kepada dua pula iaitu; (a) Hakmilik Kekal Firstgrade dan (b) Hakmilik Kekal (Malay Reserve). Selain itu brader nih sentuh jugak kategori Hartanah Pajakan – 99 tahun, 60 tahun. Penekanan diberikan oleh speaker lebih kepada jual beli rumah secara Subsale dan lelong. Nak tau lebih lanjut butiran dia kenelah register then hadir sendiri ke Seminar Property Investment nih, tak rugi sebenarnya korang cuma bayar sejumlah RM250 untuk dapatkan ilmu tentang pelaburan hartanah nih..memang sangat berbaloi-baloi. Perkongsian yang transparen dan jelas tanpa ada prejudis kasi UP sket hahaha…

Aku paling suke bile tunjuk figure tu baru jelas plus ade sket calculation. Selain itu speaker ajar gak camne nak adjust DSR bagi cantik di mata pihak bank. Penting sebenarnya bile DSR kita cun, so pihak bank takkan ade masalah nak approve loan kita itu sahaja. Seminar berhenti rehat pukul 12.50PM kemudian bersambung di sesi kedua waktu petang pada pukul 1.50PM dan berakhir lebih kurang pukul 6.00PM. Habis jer seminar aku tak terus balik tapi melepak sat ngan Shahril Sidek and Pie2020. Kesimpulannya banyak ilmu yang aku timba daripada seminar nih walaupun ada yang aku dah tahu tapi semakin kita belajar dengan lebih mendalam sesuatu perkara tu rupa-rupanya masih banyak lagi yang kita tak tahu so JANGAN BODOH SOMBONG tak tahu bertanya, sekian.

Mentor

Bertemu lagi, dalam post kali ini aku akan sentuh tentang peri pentingnya MENTOR dalam bisnes. Kenapa perlu ada mentor cukupkah kita buat bisnes tanpa perlu ada mentor yang baik?

Mentor yang baik memainkan peranan dalam menentukan halatuju bisnes kita sbb bila kita ada mentor kita tidak perlu melakukan sesuatu perkara itu as a trial and error. Ia merupakan “Professional Relationship” antara kita dengan Mentor dalam melahirkan individu yang berkeupayaan untuk mengurus dan mentadbir bisnes disamping perkongsian ilmu dan skil.   Mentor kita inilah yg akan guide kita dengan syarat kita tak malu bertanya perkara yg kita tidak tahu jangan plak bodoh sombong…Biasanya mentor kita itu hendaklah seorang yang mahir dan berpengalaman luas dalam bisnes yang ingin kita ceburi. Selain daripada itu, kita sudah menjimatkan masa kita tanpa perlu fine tune bisnes kita selalu..Mentor jugalah yg akan memberi nasihat dan tunjuk ajar kita dalam setiap aspek berkaitan bisnes. Sebagai contoh Warren Buffet menjadikan Brian Tracy mentor beliau sampai sanggup buang semua degree beliau dan gantung certificate Brian Tracy Consultancy dalam bilik office beliau..kalo boleh kita follow ape yg mentor kita buat..

Apa sebenarnya tugas Mentor ini? Tugas mentor adalah mengajar kita tentang bisnes apa yang ingin kita ceburi samada ia berkaitan hartanah, services atau apa sahaja  dengan lebih mendalam. Selain itu mentor juga adalah jurulatih ataupun coach kita dalam mengajar specific skills. Mentor juga akan membantu kita dalam membina dan memperluaskan bisnes kita melalui perkongsian sumber dan jaringan bisnes yang baik dan mantap. Tugas mentor yang paling utama ialah membawa kita keluar daripada zon selesa dan berani mengambil risiko dalam bisnes.

Adakah Mentor dan Jurulatih sama? Ramai keliru sebenarnya Mentor dan Jurulatih TIDAK SAMA, A mentor may coach, but a coach is not a mentor! Mentoring is “relational,” while coaching is “functional.”

Siapa MENTOR anda?

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑