Salam semua

Kali ini aku nak share tempat makan BEST di Keramat AU3!

Nama kedai makan yang aku maksud kan ini ialah  Warung Makan Roti John Warisan..

Sajian utama di sini sudah semestinya Roti John.. Antara hidangan Roti John di warung ini adalah Roti John Ayam, Daging dan Tuna (SPECIAL)! Kalian boleh memilih samada saiz  besar ataupun medium, biasa, special ataupun cheese..

Bagi anda yang ingin ke sini.. anda boleh gunakan google map ataupun anda boleh gunakan aplikasi Waze dan taip Roti John Warisan, warung ini terletak betul-betul  di hadapan Butik Maroz!

Parking memang percuma dan mudah.. tunggu apa lagi?? Jika anda penggemar dan die hard fan Roti John anda boleh datang ke sini dan menikmati rasa Roti John yang resepinya merupakan resepi turun- temurun dengar khabarnye..

FBpage: www.facebook.com/rotijohnwarisan

Jangan tungguuu lagi…

segera ke sana sekarang!