HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Category: KLezbike

HARLEY DAVIDSON FOR RENT IN KUALA LUMPUR

Salam and greetings to all viewers..

ON YOUR BIKES!!

Ride a Harley Davidson in Kuala lumpur now much more easier whereby you can just rent it! KLEZBIKE provides a few models of  Harley Davidson so that you can choose any bikes that suit you.. The models consist of Sporster, Dyna Superglide, Fatbob and Streetglide.

All you need to do is visit our official website at www.klezbike.com or call us at +60166665859. We will assist you on the rental procedures.

Thanks for your support.

*Terms and conditions applied

IMG_1518313411814

Kuala Lumpur Bike Week (KLBW2014)

Salam semua..

Petang tadi aku sempat ke Kuala Lumpur Bike Week 2014. Aku tak keseorangan dan ditemani adik ipar aku yang kebetulan berada di Kuala Lumpur atas urusan kerjanya..
Event KLBW2014 ini merupakan event yg ke-7 dianjurkan oleh Red Garage sejak tahun 2008 lagi..kali ini KLBW2014 diadakan di Lanai Matics berdekatan dengan Saloma Bistro dan tidak jauh dari KLCC.

20141219_161108

KLCC

Aku sampai di tapak event lebih kurang jam 3.45ptg…jalan tidak berapa sesak dan aku parking kereta berdekatan dengan NZ Curry House. Kelihatan pengunjung juga sudah memenuhi tapak KLBW2014.

Aku dan adik ipar terus ke tapak booth yang menjual pelbagai barangan motorsikal, ada yang menjual parts, helmets, t-shirts dan pelbagai merchandise… ada juga booth yang mempamerkan motorsikal berkuasa tinggi berjenama Harley Davidson, Triumph, Moto Guzzi memang rambang mata laa…hehe…aku sempat sambar sehelai t-shirts KLBW2014.

2014-12-19 20.51.44

20141219_162102

image

image

image

image

Terdapat 2 bahagian…bahagian pertama di bahagian atas yang berdekatan dengan pintu gerbang KLBW2014 dan yang kedua pula di bahagian bawah yang menempatkan beberapa booth, iaitu booth Harley Davidson, Cleveland Cyclewerks, Abah n Son dan juga pentas utama. Di bahagian ini juga terdapat khemah besar yang menempatkan gerai-gerai makanan dan minuman betul-betul menghadap stage.. surau dan tandas juga terletak tidak jauh dari stage alhamdulillah..

image

image

image

image

image

Aku ke ruang legar yang luas di hadapan pentas utama dan di situ juga aku lihat deretan motorsikal berkuasa tinggi dari pelbagai jenis dan jenama tidak kurang juga customs..

image

image

image

image

image

20141219_162341

Sempat juga aku snap gambar orang kuat KLBW2014, siapa lagi kalau bukan Eddy Red Garage hehe..

20141219_171001

 

Aku juga sempat menonton persembahan gendang yang dipersembahkan oleh sahabat-sahabat dari Brunei…terhibur aku ahahaha..

image

image

image

image

20141219_170740

Aku pulang jam 5.30ptg aku lihat kereta sudah bertali-arus sepanjang Jalan Ampang… So bagi penggemar motorsikal berkuasa tinggi boleh laa ke KLBW2014 untuk cuci-cuci mata melihat pelbagai jenis motorsikal berkuasa besar dan customs!
Event ini bermula hari ini 19hb Disember hingga 20hb Disember 2014…jangan lepaskan peluang ini!! Bawa famili berkunjung ke KLBW2014…pasti ada yang tertunggu-tunggu event seperti ini, next year mungkin ada kelainan yang bakal ditampilkan…yang pasti KLBW2014 memang awesome!!!

KLEZBIKE Delivery @HDPJ

Salam

Terima kasih kami dari team KLEZBIKE ucapkan kepada tuan-tuan yang SEWA MOTORSIKAL HARLEY DAVIDSON. Kali ini 4 buah motorsikal Harley Davidson yang terdiri daripada model Sportster Iron883, Dyna Superglide, Fatbob dan Streetglide  dilamar oleh 4 orang jejaka kacak dan salah seorang daripada mereka adalah warga Korea yang berkerja di sini.

Daripada perbualan aku, mereka ini adalah tenaga kerja di Bahagian R&D disalah sebuah kilang di Rawang. Masing-masing memiliki motorsikal berkuasa besar berjenama Kawasaki dan Ducati. Mereka akan ride ke Ipoh untuk menikmati NASI GANJA dan MEE UDANG. Safe ride u ollss…

klezbike_2

klezbike_1

klezbike_3

GENTLEMEN START YOUR ENGINE!!

Untuk maklumat lanjut berkenaan sewa Harley Davidson, boleh hubungi talian +6016-666 5859 atau layari website kami di www.klezbike.com.

Sesi Photoshoot Pengantin bersama motorsikal Harley Davidson

Salam…

Hari minggu lepas team HARLEY DAVIDSON SEWA KLEZBIKE telah dijemput untuk mengiringi pengantin. Majlis berlangsung di Precint Diplomatik, Putrajaya. Sebanyak 4 buah motosikal berkuasa besar berjenama Harley Davidson Sewa digunakan untuk mengiringi pasangan raja sehari ini.

Tidak habis di situ, kemudiannya sesi bergambar di antara pasangan pengantin bersama motorsikal Harley Davidson Sewa. Pelbagai pose di gayakan oleh pasangan ternyata kedua-dua mempelai memang sporting ketika lensa mengambil gambar mereka bersama motorsikal Harley Davidson Sewa kami!!

Jika anda ingin mengabadikan potret perkahwinan anda bersama HD…kami menawarkan pakej yang menarik, anda boleh berhubung terus di talian 0166665859 atau layari laman web KLEZBIKE di www.klezbike.com

Barisan Motorsikal HD

Barisan Motorsikal HD

Sweet couple...

Sweet couple…

 

 

 

 

 

 

 

 

Renungan mata ke mata...

Renungan mata ke mata…

10410322_10152509432759807_4050144263140901132_n

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PROMO KLEZBIKE 2014

 

10557371_326305430869389_3918070760222508605_n

IMG-20140801-WA0005

Contact us to rent a Harley Davidson bike or you can visit our website www.klezbike.com

engine

 

 

 

 

 

 

 

collage_20140803111945719

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KLezbike…

Salam..

Semalam aku deliver motor sewa Harley Davidson model XR1200 untuk disewa oleh expatriate dr Swiss.. Mr Urs pernah sewa XR1200 sebelum ini..dan dia berpuas hati dengan servis yang KLezbike tawarkan!! Kali ini beliau sewa untuk adik perempuan beliau untuk ronda Kotaraya Kuala Lumpur selama 6 hari…

Pertemuan singkat aku dan Mr. Urs sempat aku snap gambar posing dengan motor KLezbike… nyata beliau senang dan berpuas hati yang diterbitkan daripada senyuman beliau hahaha… ayat takleh blah!!

Jika anda ingin merasa deruman dan getaran enjin berkuasa besar Harley Davidson, kalian boleh hubungi admin di talian +6016-6665859!!

Thumbs up utk KLezbike hahah

Thumbs up utk KLezbike hahah

Breakfast Ride Mee Bandung Muar

Salam semua..

Weekend lepas aku berkesempatan ride ke Muar bersama geng KLezBike.. aku bertolak dr Maluri lebih kurang jam 7.25 pagi menuju ke tempat berkumpul di Tol Bangi arah Selatan.. aku sampai di Tol Bangi lebih kurang pukul 7.45 pagi..sesampai di sana Opy sudah menunggu bersama Iron883 nya… Aku lepak dengan Opy sementara menunggu geng lain… tepat jam 8.05 pagi setelah semua ada, kami pun gerak ke Muar.. 5 riders yang menyertai ride kali nih 2 buah Iron883, Streetglide, XR1200R dan Kawasaki Z800..

Alhamdulilah cuaca baik pagi itu dan trafik pun tak banyak sangat kereta.., sepanjang perjalanan aku perhatikan ramai geng-geng riders lain yang ride pagi tu.. masing-masing ade destinasi yang di tuju… kami exit Ayer Keroh kemudian melalui lebuhraya AMJ ke Bandar Maharani Muar.. Kami tiba di Muar lebib kurang jam 10.30 pagi dan terus ke Tanjong Mas untuk menikmati Mee Bandung Muar yang tak asing lagii..

Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Segamat, kami ikut Tangkak untuk ke Segamat. Kami singgah sebentar di Air Terjun Gunung Ledang untuk menikmati kesejukan air terjun setelah berpeluh-peluhan ridee sepanjang hari.. Punyelah lame aku tak ke Gunung Ledang.. macam2 ade.. tapi kalo dulu free je nak masuk sekarang dah dikenakan bayaran.. satu Motor RM1, satu kepala RM1.. so berapa yang kami kene bayar hahaha…kalo ade 4 bijik motor HD.. sesampai di pintu masuk ke Air terjun Gunung Ledang tu kami perhatikan punyelah ramai orang menghabiskan cuti hujung minggu membawa famili mandi-manda di sana.. kami pun carik port untuk lepak.. Opy n Wan siap beli suar pendek dan towel nak mandi.. aku dan Pie lepak je laa.. malas nak mandi..lebih kurang jam 1.30pm kami pun bergerak ke Segamat.. tak jauh dari Sagil kami berhenti menikmati Raja Buah Durian.. ape lagi kalo bukan daripada spesis Musang King…memang layann..mase nak bayar pon layan gak.. RM170..diskaun RM150 perghhh… Sebelum aku terlupe ape tujuan kami ke Segamat??? hahah… ade menu menarik untuk kami lunch kat sana.. UDANG GALAH masak lemak… perot pon dah berkeroncong, makan durian tu takdela kenyang sangat buat alas perot jee..

Lebih kurang 30min kami pun sampai di Bandar Segamat.. panas jangan cerita petang tuu.. si Wan bawak kami ke sebuah restoran masakan kampung yang terletak di Pekan Segamat baru.. memang layan beb Udang Galah die..isi die mmg kenyal.. kami order set makan tangahari tudiaa… 4 ekor udang galah.. ayam goreng.. ulam-ulaman dan satu jug air asam boi.. Setelah habis kami menyantap.. kami pun meneruskan perjanalan pulang ke KL..kali ini kami ikut Gemas, kemudian ke Kuala Pilah, kemudian ke Seremban naik LEKAS terus ke KL.. aku sampai rumah hari tu jam 8.00pm.. penat jangan cerita laa perjalanan hampir 350km lebih, tapi aku PUAS!!!

20140614_115528 20140614_115817

Isi keras boleh tukar katenyerr...

Isi keras boleh tukar katenyerr…

Musang King katenyerrr!!

Musang King katenyerrr!!

Tudiaaa Udang Galah yg aku cakap!!!

Tudiaaa Udang Galah yg aku cakap!!!

 

Ridee balik kampungku….

Salam..

Semalam aku berpeluang ridee kude hitamku Iron 883 balik kg aku kat Bukit Gambir Muar… Aku bertolak pukul 4.15PM dr Maluri… Perjalanan alhamdulillah cuaca pon O.K tak hujan.. cuma kenderaan agak bertali-arus sebab waktu puncak orang balik kerja..

Aku berhenti solat asar di hentian Seremban sebelum meneruskan perjalanan ke Muar.. wife aku balik same cume die naik kete dengan anak aku yang no. 2… Kude hitamku pecut 120 – 140km/j ade kala throttle aku pulas mencecah ke 160km/j.. entah kenapa aku rase kali ini rase ringan pula motor aku perginyerr.. mungkin sebab….. nak tau ape sebab die?? ahahaha.. nnti aku citer…

Aku berhenti sekali lagi di Hentian Ayer Keroh untuk refuel dan solat Maghrib.. aku call wife aku ingatkan die singgah laa hentian sama… rupe-rupenyer dah sampai exit Bukit Gambir!!!… haha… kali ini perjalanan menempuh kegelapan hiway plak dengan lori dan bas yang berlumbe-lumbe potong memotong.. sekali-sekala aku terpaksa high beam agar beri laluan kat kude hitam akuu..haha… bunyi deruman ekzos Vance n Hines aku pon membantu gak…hahaha…

Aku sampai exit Bukit Gambir lebih kurang jam 8.30PM… melalui pekan Bukit Gambir membuatkan ramai mata memerhati.. bukan sebab aku hensem mungkin adee sket laaa… sebab ekzoskuu memang rabak!!

Hentian Ayer Keroh

Hentian Ayer Keroh

Breakfast Ride Roti Canai Ikan Pari

Salam semua…

Pernahkah anda merasa roti canai cecah asam pedas ikan pari?? Memang rare dan hanya ada di Melaka Bandaraya Bersejarah haha.. Pelik tapi bener… tapi sekali cuba terangkat beb! first time aku makan roti ngn asam pedas ikan kari kalo tak biasenyer cecah kuah dal takpon kari, ape-ape jenis kari laa.. dengan rase ikan yang “well-cooked” dan ditambah pula dengan rase ikan yang fresh membuatkan berbaloi-baloi aku ridee kude hitam aku Iron883 dari Maluri ke Melaka..

Aku bertolak dari Maluri pukul 7.00 pagi, dan berkumpul di Tol Bangi seperti yang dijanjikan tepat jam 7.15 pagi aku sampai sebab janji dengan member jam 7.30 pagi kat sana. Kami bertolak dari tol Bangi lebih kurang jam 8.00 pagi melalui lebuhraya Plus arah selatan menuju ke Ayer Keroh Melaka. Alhamdulillah cuaca pagi itu cerah dan nyaman sekali, kereta pon tak banyak pepagi hari nih yelaa weekend mane ade banyak kete sangat.. Kami berhenti untuk isi minyak di Hentian Ayer Keroh dan meneruskan perjalanan ke Melaka dan kami tiba di Exit Ayer Keroh lebih kurang jam 9.15 pagi.. trip kali ini diketuai oleh Tuan Shafie Bustan yang juga anak kelahiran Melaka so tak jadik masalah sebab mmg die otai jalan-jalan kat Melaka tuu..Pada mula destinasi kami adalah ke Medan Selera Limbungan.

Sesampainyer kami di sana,  tutup plak kedai roti canai tuu, so pie bawak la kami ke kedai tepi jalan yang juga menyajikan menu yang sama tidak jauh dari medan selera tuh..tudiaa punyelah ramai orang fullhouse gerai roti canai tuu…setelah mendapatkan meja kami pun memesan menu utama iaitu roti canai kuah asam pedas pari, sotong masak sambal, dan kuah kari ikan siakap…perghh memang kaww…

Memang putus orang datang ke gerai tu pagi tuu…ade saja customer datang yang tua, yang mude-mudi ade yang bawak famili menikmati sarapan roti canai di gerai tuu…setelah lepak lebih kurang sejam kat gerai itu kami pon berangkat pulang ke KL. Aku sampai di Maluri lebih kurang pukul 12.15PM dan mengambil mase perjalanan lebih kurang sejam 15 min sahaja..

IMG-20140513-WA0016 IMG-20140513-WA0015

IMG-20140513-WA0009 IMG-20140513-WA0012

IMG-20140513-WA0011

MOTORSIKAL BERKUASA BESAR HARLEY DAVIDSON UNTUK DISEWA

SALAM SEMUA…

Pernahkah anda bermimpi untuk menunggang motorsikal berkuasa tinggi, merasai kuasa tujahan enjin V-Twin Harley Davidson??..Kini anda tidak perlu memiliki untuk merasai kenikmatan menunggang motor Harley Davidson ini, KLezBike dengan ini berbesar hati menyediakan khidmat sewaan motorsikal berkuasa besar model Sporster Iron 883 Harley Davidson tahun 2014.

Sungguh mudah untuk menyewa, anda hanya perlu sertakan fotokopi IC and Lesen B Full, jika anda tiada Lesen B Full tidak mengapa anda boleh hidupkan L anda itu sahaja! Dokumen sokongan lain yang perlu anda beri adalah bil utiliti rumah anda sebagai contoh bil ASTRO, TNB atau SYABAS.

Kadar sewaan bagi motorsikal ini adalah seperti di bawah:

i) RM450 untuk sehari

ii) RM1200 untuk 3 hari

iii) RM2350 untuk 7 hari

iv) RM4500 untuk sebulan

Motorsikal sewa HD ini sesuai bagi semua golongan, handling yang baik dan tidak terlalu berat dibandingkan dengan model-model lain!!

Berminat anda boleh hubungi KLezBike Maluri ditalian +60166665859, anda boleh whatsup kami juga.

Anda boleh lawati FB page kami di sini.

Motorsikal Sewa HD

Motorsikal Sewa HD Iron 883 bahagian hadapan 

Motorsikal Sewa HD Iron 883 bahagian belakang

Motorsikal Sewa HD Iron 883 bahagian kiri

Motorsikal Sewa HD Iron 883 bahagian kanan

 

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑