HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Category: Kereta Sewa (page 1 of 3)

Selamat Hari Raya…

PROMOSI KERETA SEWA BULAN JANUARI 2017!

KERETA SEWA MALURI (KSM) menyediakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri di kawasan lembah Klang dan Kuala Lumpur. Sebarang maklumat lanjut boleh layari website KSM di www.keretasewamaluri.com atau telefon HOTLINE kami 016-6665859.

RENT-A-VELLFIRE WITH KERETASEWAMALURI.COM

Salam and hi to all viewers..

Perlukan kereta yang lebih besar, pada harga yang berpatutan? Kereta Sewa Maluri menyediakan MPV Toyota Vellfire untuk disewa oleh mereka yang memerlukan kereta yang besar untuk apa jua occasions!

Layari website Kereta Sewa Maluri di www.keretasewamaluri.com dan blog KSM www.keretasewamaluri.blogspot.com!!

RENT-A-VELLFIRE

RENT-A-VELLFIRE

Jalan-jalan mengenal SEJARAH…

Salam..

Alhamdulillah aku berkesempatan membawa famili aku berjalan-jalan ke MUZIUM NEGARA hari nih.. Aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 10.30pagi dan sampai di perkarangan Muzium Negara lebih kurang jam 11.15pagi.. parking agak penuh walaupun hari nih hari berkerja..

Destinasi pertama kami adalah Muzium Seni Kraf Orang Asli yang terletak berdekatan dengan kawasan parking.. Masuk sahaja entrance muzium tersebut kami disambut oleh petugas muzium yang ramah dan meminta aku menulis nama aku dalam buku pelawat. Anak-anak aku kelihatan excited melihat pameran patung-patung, hasil kraftangan dan gambar-gambar orang asli di Malaysia..
image

image

image

image

Setelah itu kami ke bahagian atas bangunan yang menempatkan Muzium Etnologi Dunia Melayu. Di sini kita boleh melihat sejarah, peradaban, seni kraf, teknologi, kebudayaan dan kegemilangan orang Melayu itu sendiri.
Aku tertarik dengan satu sudut yang memaparkan tentang orang Melayu dahulu dengan Pelayaran. Orang Melayu dahulu merupakan pelayar, berdagang ke seluruh pelusuk Nusantara dan luar dari jajahan Nusantara ataupun nama lainnya Archipelago.
image

image

image

Kita biasa mendengar serangkap pantun yang berbunyi:

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Daripada pantun tersebut kita boleh melihat betapa sinonimnya orang Melayu dahulu dengan pelayaran. Ade maksud tersirat dalam pantun tersebut, kenapa pisang emas bukan pisang tanduk…kenapa masak sebiji di atas peti…hehehe…

Di satu sudut lain pula, aku lihat dipamerkan senjata orang Melayu yang tidak asing lagi Keris. Pelbagai jenis keris dipamerkan, ada keris panjang, keris pendek, keris Bali dan bagaimana pembuatan keris juga dipertontonkan. Setiap keris tersebut mempunyai identiti dan ukirannya tersendiri…begitu halus dan teliti sekali ukirannya..
image

image

image

image

image

Aku kemudian ke sudut pameran kraftangan orang Melayu dan permainan tradisional serta peralatan dapur. Memang tradisi dan hasil kerjatangan orang Melayu ini begitu seni dan teliti. Jatidiri sebagai Melayu dizahirkan dalam bentuk ukiran yang indah dan kemahiran yang tinggi!

image

image

image

image

image

image

Sudut pameran peralatan dapur dan tembikar:

image

Sudut pameran permainan tradisional Melayu:

image

image

image

image

Antara jenis-jenis congkak yang dipamerkan:

image

image

image

Sejam lebih juga masa aku luangkan di Muzium Etnologi Dunia Melayu ni. Banyak juga input yang aku perolehi dan mengenal jatidiri Melayu itu sendiri penuh dengan kesenian dan teknologi serta kepakaran.
Setelah itu aku dan famili ke Muzium Negara pula. Tiket masuk dijual pada harga RM2 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun adalah percuma untuk masuk.

Muzium Negara ini 2 tingkat dan setiap tingkat mempunyai galeri pameran yang berlainan bermula daripada zaman pra sejarah, zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajah, zaman komunis, hinggalah zaman sekarang. Sehari suntuk aku habiskan masa aku di Muzium..bila aku tanya anak-anak aku mereka cukup gembira melihat pameran yang pelbagai…walaupun mereka kurang faham apa yang dipamerkan tapi aku dan isteri terangkan satu persatu apa yang mereka lihat. Seronok juga mereka berlari-lari dalam muzium tu hehehe…

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sepertinya aku dan famili belajar Sejarah hari ini.. terlalu banyak input cuba di garap dalam tempoh yang aku kira singkat walaupun aku rasa hampir setengah hari masa aku dan famili dihabiskan di Muzium Negara.
Akhir kata.. hidup ini jangan terlalu memandang ke hadapan tetapi luangkan juga masa untuk melihat ke belakang sebentar untuk melihat dan tahu siapa kita?

KERETA SEWA MALURI…

NEW POSTER

SILA KLIK POSTER DI ATAS

Rancang percutian hujung tahun…

Salam..

November tinggal lagi kurang lebih beberapa hari sebelum kita menginjak ke tahun 2015.. pasti ramai antara kalian yang merancang menghabiskan cuti tahunan anda untuk melancong bersendirian ataupun bersama famili.. Bajet menjadi keutamaan bagi mereka yang ingin melancong di dalam negara apatah lagi ke luar negara… Bagi yang bajet untuk menghabiskan cuti anda di dalam negara..banyak destinasi-destinasi yang tersedia untuk dikunjungi..

Dari Selatan hingga ke Utara, Sabah dan Sarawak.. banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah untuk di lawati oleh anda..tidak perlu berbelanja lebih untuk ke luar negara jika di Malaysia tanahair kita ini pun sudah memadai dengan tempat-tempat yang mempersona, damai dan jauh daripada hiruk-pikuk bandaraya!!… tidak perlu aku terangkan details kat sini..jika anda perlukan kenderaan sepanjang percutian anda..anda tidak perlu susah-payah kerana banyak sahaja kenderaan-kenderaan sewa yang boleh anda sewa yang memenuhi bajet anda!

Antaranya anda boleh lihat di SINI….┬ácukup mudah!! Harga juga berpatutan…no hassle!!

laut

 

IMG_20141024_124509

 

 

 

TERSILAP AIRPORT!!

TIKET MALINDO AIR KE LANGKAWI...

TIKET MALINDO AIR KE LANGKAWI…

Hari nih 22hb Oktober hingga 24hb Oktober 2014, KLezcar menganjurkan satu lagi aktiviti yang dikenali sebagai Business Retreat.. Destinasi bagi batch pertama ini adalah Langkawi.. Malam sebelum itu aku dan geng Klezcar yang lain seramai 10 orang tidur di HQ KLezcar yang terletak di Taman Sri Manja PJ…Disebabkan aku pikir senang utk aku tidak kelam-kabut pagi tu utk ke airport…lagipun tidak jauh dari HQ KLezcar ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang terletak di Subang..

Kami gerak dari HQ lebih kurang jam 9.20a.m…aku lihat masa boarding di tiket adalah jam 10.00a.m..dalam hati aku sempat ke sampai airport nih… alhamdulillah kami sempat sampai kat airport..lega rasa… kami pun terus ke balai pelepasan sebelum tu kami tunjukkan tiket flight kami pada Pegawai Polis yang bertugan di mesin X-Ray..tiada sebarang masalah untuk kami melepasi pemeriksaan keselamatan…cuma aku kene repeat balik X-Ray tu sebab macbook aku simpan dalam beg galas aku..so aku keluarkan macbook aku dan letak dalam bekas yang disediakan..

Setelah itu kami pun menunggu di hadapan gate yang disediakan sambil melihat di skrin terpapar destinasi-destinasi domestik ke Penang, Alor Setar, dan sehinggalah terpaparnyaa destinasi kami iaitu Langkawi..tapi sebelum itu terdetik dalam hati aku kenapa kami boarding lambat sangat padahal aku lihat jam tangan aku dah menunjukkan angka 10.15pagi..haishh pelik pulakk.. delay ke flght kami nih… tak lama lepas tu kedengaran di corong interkom destinasi kami iaitu Langkawi..TAPI no. penerbangan yang jelas kedengaran berlainan dengan no. penerbangan yang tertera di tiket flight!! OOOhhhh nak sedapkan hati aku mungkin flight tukar kott…so salah seorang drp geng KLezcar (aku tak nak laa mention nama) pergi ke kaunter Malindo Air sambil menunjukkan tiket..tak lama kemudian beliau kembali semula dan….rupa-rupanya flight kami bukan naik di Subang airport tapi KLIA2..hahhaha….memang sangat laa lawak!!!…

Punyalah ramai geng sorang pon tak perasan yang kami patut naik di KLIA2…huhuhu… so 2 orang drp geng kami pon bergegas ke kaunter Malindo Air yang terletak di hadapan main entrance Subang Airport..dengan harapan ade lagi penerbangan seterusnya..kalo takde bolehla kirenye refund balik tiket tersebut..tapi sume penerbangan dah full maklumlah cuti Deepavali dan takleh nk refund balik duit.. so kami pon carik tempat lepak dan berdikusi sambil tengok2 kot2 ade syarikat penerbangan lain yang available hari nih…dalam masa yang sama sahabat kami yang 2 oarang tadi dah beli tiket lain iaitu fireflyz ke Penang.. tapi masalahnyer kami terpaksa pula pecah kpd 2 kumpulan disebabkan mase penerbangan yang berlainan.. sudahlah ke Penang…dari Penang nak ke Langkawi tu dah makan mase plak lebih kurang sejam setengah… Feri plak sampai kol 7.00 petang sahaja…pikir2 punya pikir punya pikir…sambil check online tiket kami jumpe solution.. tapi masa penerbangan adalah 7.45 petang plak… bukan Malindo Air, bukan jugak FireFlyz tapi Air Asia.. tanpa membuang mase kami pon belilah tiket direct Air Asia ke Langkawi… kalo dah Air Asia makanya kami naik di KLIA2… tuan COO tanpa buang masa call staff untuk pick up kami dan hantar ke KLIA2 dan kami sampai di KLIA2 lebih kurang jam 1.20p.m…

Sampai sekarang di kala aku menulis entry nih.. aku dan geng KLezcar lain masih menunggu kat sini..sini di KLIA2.. ghase cam trasit plak kat Dubai nak ke Amsterdam hahahaha…. mmg lawak laa hari nih!!

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK SEWA KERETA KSM

Salam dan selamat sejahtera semua,Admin ingin war-warkan kepada semua, dokumen yang diperlukan untuk menyewa kereta KSM.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti yang tertera di bawah:

i) Salinan Kad Pengenalan (IC) bahagian hadapan dan belakang,

ii) Salinan Lesen Memandu juga bahagian hadapan dan belakang,

iii) Bil utiliti rumah contohnya, bil TNB/SYABAS/ASTRO dan,

iv) Kad Pelajar atau,

v) Bisnes Kad.

Diharapkan para pelanggan sedia maklum segala dokumen yang diperlukan sebelum menyewa kereta daripada KSM.

Terima Kasih.

KERETA SEWA MYVI VIVA ALZA PERSONA VELLFIRE

Salam semua..

Agak lame aku tak update blog hafidzahmad.com nih!! Agak sebuk dengan bisnes kereta sewa aku yang aku running fulltime sekarang. Pejam celik..pejam celik.. dah hampir 16 bulan aku buat bisnes kereta sewa nih..bermula dengan hanya 2 buah MyVi Auto 1.3, berkembang dan terus berkembang..in sha Allah dalam masa terdekat ini Kereta Sewa Maluri (KSM) akan tampil dengan segmen MPV iaitu Perodua Alza dan juga Toyota Vellfire 2.4 bagi memenuhi keperluan pelanggan budiman kami.

Setelah mengambil kira beberapa faktor yang aku rase kekuatan Marketing Online untuk bisnes kereta sewa ini perlu sejajar dengan perkembangan IT dan aku ghase ade baiknya aku setup blog khas untuk KERETA SEWA MALURI nih!! Walaupun ramai di luar sana lebih mengenali KSM melalui FB page tapi kelebihan blog ade juga di situ.. Maka aku ingin war-warkan pada semua blog terbaharu KSM iaitu keretasewamaluri.blogspot.com, simple sahaja blog tak fancy pon..aku nak audience tau kewujudan blog Kereta Sewa Maluri dan ade feedback serta yang paling utama boleh closed deal hehehehe… in sha Allah kita berusaha Allah yang tentukan rezeki Allah bagi kat kita!!

BLOG KERETA SEWA MALURI (KSM)

BLOG KERETA SEWA MALURI (KSM)

Kereta Sewa Maluri FB Page

Salam semua

Rasenye agak lama aku tak update blog aku nih..hari ini aku bukan blog nih, tengok-tengok ramai viewer posting bab ATC hehehe..mungkin ramai di luar sana yang berminat nak join as ATC..ape kobondo ATC nih? ATC adalah singkatan bagi AIR TRAFFIC CONTROLLER..the most stressful job in the world..jika ada di luar sana yang nak hidup die stress bleh laa try koje nih hahahaha…

OK sebenarnya aku nak update pasal Facebook Page baharu untuk bisnes kete sewa aku..segala aktiviti aku berkaitan dengan kereta sewa akan aku update melalui FB Page aku nih iaitu Kereta Sewa Maluri. Jika sebelum nih aku banyak update dan mostly aku update pasal kereta sewa nih kat MHA Services FB Page..tapi disebabkan agak celaru di situ dan potential customer susah nak trigger bisnes aku so aku pon setup la account baru untuk FB page yang hanya concentrate on car rental sahaja. Aku harap dengan adanya FB Page ni memudahkan penggemar FB di luar sana dan juga friends aku dapat semua updates berkenaan Kereta Sewa Maluri ini in sha Allah..

Segala persoalan dan pertanyaan berkenaan bisnes kereta sewa bolehlah diajukan melalui PM kat FB Page Kereta Sewa Maluri ataupun call sahaja aku di talian yang tertera di Page KSM tuuu..

THANKS FOR YOUR SUPPORT

Kereta Sewa Maluri bizpartner of KLezCar.com

Front page Kereta Sewa Maluri

Older posts

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑