HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Category: ATC

Hari yang panjang…

Hari ni off day, seIMG_20130331_130925perti biasa mmg full la schedule hari ni…pagi hantar wife menghadiri seminar di Hospital Kuala Lumpur…wife doctor la katakan so busy jugaklah…singgah sarapan di deretan gerai makan berdekatan HKL. Menikmati sarapan pagi sambil meng’update’ status wall MHAServices dan Mommysakinah Zone..mmg dah jadik rutin plak skang tiap tiap pagi buat bende nih..hahaha..

Selepas hantar wife, gi KWSP plak menghantar form untuk keluarkan wang caruman KWSP yang tak berapa banyak tu…bukan akaun kedua tapi kesemua amount yang ada dalam akaun KWSP tu..kalo anda penjawat awam anda boleh memilih samada skim berpencen atau potongan KWSP..jika anda pilih opsyen skim berpencen so anda bolehlaa keluarkan caruman KWSP tu..dengan syarat anda telah disahkan jawkwspatan dan diberi taraf berpencen oleh majikan anda tapi tak semua amount tu anda akan dapat mungkin Government akan ambil 45-50% daripada jumlah dicarumkan..so takdelah banyak mana pun hahaha…pukul satu tghari ada plak appointment dengan clients utk sewa kereta selama seminggu..mamat nih mmg regular customer sblm pernah sewa kereta dengan MHA Services. Meeting takde laa formal sgt buat pon kat kedai mamak jer tapi sbb plan asalnya nak sewa 10 buah MyVi..so aku takleh laa nak supply 10 buah aku offer kat partner aku gak..meeting tadi antara aku, partner aku dan clients..clients nih actually student kat sebuah kolej kat Taman Maluri..derang nak sewa kereta utk tour ke Utara tanahair utk program amal bersama kariah kampung..aktiviti kelab baru derang katanya..so derang mintak laa diskaun untuk seminggu..harga yang aku offer RM560 seminggu mmg murah tapi disebabkan mereka nak buat amal jariah so aku reduce kan harga tu sket..tapi sebelum tu aku dan partner mintak gak tentatif program derang..derang akan emailkan nanti..

Selesai meeting gi lunch kat area kg pandan makan nasi kukus..sambil discuss halatuju bisnes masing-masing..hmm menarik kan…selesai lunch aku ke bank plak untuk transfer duit balance purchase price rumah lelong yg bakal menjadi passive income aku dan partner..insyaAllah..Pukul 5 ptg, jemput wife pulang dari seminar, jalan jangan cerita laa memang jam..ye lah peak hour orang balik kerja..sampai di HKL, wife sudah menunggu di depan Jabatan Kecemasan HKL. Melalui Jalan Kg. Baru terpandang kedai makan yang pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan, kereta dipacu ke arah kedai pusing pusing punya pusing ingatkan nak cari parking, tak jumpa plak parking so kesudahannya balik je laa rumah. Sampai je Taman  Maluri jam dah pukul 6.15PM..Balqis dan Sakinah dah ready depan pintu..”ABAH, MAMA DAH BALIK”..hehehe hilang penat tengok depa dua orang nih alhamdulillah…bersambung lagi di lain post..

Dunia Air Traffic Controller (ATC)

Strip

Strip

Menukar kerjaya daripada suatu yang biasa kita buat dan hadapi setiap hari kepada sesuatu yang baharu merupakan keputusan yang paling besar saya pernah buat. Apa tidaknya, kerjaya sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara (ATC) memang sangatlah tiada kena mengena langsung dengan kerja sebelum ini yang hanya berkisar tentang datelines, targets, KPIs yang perlu dikejar yang kemudian dibentangkan semasa weekly meeting bersama clients.

Tetapi berlainan dengan ATC, kerjaya ini di bawah skim Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) senang cerita kerja “Gomen” lah nih. Sebelum diterima kerja sebagai Trainee Air Traffic Controller, calon dikehendaki menduduki Ujian bertulis dan I.Q, berjaya dalam ujian I.Q kemudian calon dipanggil untuk menghadiri Ujian Suara dan stage terakhir setelah disenarai-pendek ialah Temuduga bersama penemuduga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam. Alhamdulillah saya berjaya kesemua stages dan diterima sebagai Trainee ATC. Bermulalah episod kehidupan sebagai ATC. Surat tawaran untuk melapor diri di Malaysian Aviation Academy (MAvA) yang terletak di Sepang diterima ketika itu saya masih lagi berkerja di Huawei, hati ini pada mulanya agak berbelah-bagi untuk meninggalkan jawatan sebagai Project Engineer di Huawei, tapi disebabkan jawatan itu adalah contract-basis selama setahun membuatkan saya lebih kuat untuk menerima sahaja tawaran sebagai ATC yelah dah bersusah-payah mengharungi semua ujian dan temuduga kemudian diterima berkerja tak munasabah jika saya menolak tawaran tersebut. Hari pertama melapor diri di MAvA, saya terkejut rupa-rupanya batch saya ni merupakan intake paling ramai jika dibandingkan sebelum ini iaitu seramai 75 orang, ramai bukan? Gred yang ditawarkan mengikut skim perkhidmatan SPA ialah A41 iaitu kumpulan profesional yang berkelulusan Ijazah pertama dan ke atas. Untuk yang mempunyai diploma pula gred adalah A29 dan jawatannya ialah Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara.

Selesai orientasi selama seminggu, maka Primary class pun bermula dan boleh saya katakan subjek yang dipelajari memang tak pernah belajar sebelum memang start from zero balik, benda barulah katakan..setiap minggu ada sahaja progress test, kemudian final. Stress tu jangan ceritalah, tapi saya usaha gak untuk lulus semua subjek, ditakdirkan semasa minggu final saya jatuh sakit, demam panas, pada mulanya saya sangkakan demam biasa tetapi setelah 3 hari demam tak juga baik saya mengambil keputusan untuk ambil darah di Hospital Putrajaya, keputusan ujian darah menunjukkan saya positif denggi. Saya dimasukkan ke wad medikal Hospital Putrajaya, fikiran nih rungsing juga mengenangkan exam yang baru bermula dan banyak paper lagi tak ambil tapi apakan daya ini semua takdir Ilahi yang saya kene tempuhi sebagai hamba-Nya di atas mukabumi ini dan saya Redho..5 hari di Hospital ditemani isteri tercinta, alhamdulillah isteri juga berkerja di Hospital Putrajaya jadi tiada masalah untuk dia menjaga dan menjenguk saya di wad. Syukur alhamdulillah saya sihat seperti sediakala. Hari keenam saya dibenarkan keluar wad dan doktor bertugas memberikan saya M.C selama seminggu. Seminggu kemudian saya kembali bertugas dan banyak pula nak kene ulangkaji untuk repeat balik paper dan resit balik paper yang saya tak ambil sepanjang saya M.C. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan dan saya lulus kesemua 13 subjek.

Tamat sahaja Primary Course, kami dikehendaki mengikuti Aerodrome Course theory dan praktikal. Sama juga seperti Primary Course, exam dan assessment tetap ada cuma kali ini ada practical assessment berdasarkan trafik yg disimulasi dan kami akan diuji on controlling the aircraft on ground until it’s departed for certain altitude and also when the aircraft is going to land. Course ini mengambil masa selama 3 bulan. Tidak berakhir di situ, tinggal satu lagi course  yang wajib kami lulus iaitu Area Non-Radar Procedural, course ini wajib lulus bagi melayakkan trainees untuk on-job-training di Pusat Kawalan Trafik Udara (ATCC), terdapat 3 buah ATCC iaitu Kuala Lumpur ATCC, Kota Kinabalu ATCC dan juga Kuching ATCC. Objektif kursus ini adalah untuk melatih trainee membuat coordination dengan neighbouring country sebagai contoh Jakarta, Singapore, Ho Chi Minh dan Bangkok disamping mengawal trafik udara yang disimulasi agar tidak berlaku air missed ataupun perlanggaran udara yang boleh menyebabkan casualties! Lulus sahaja kesemua kursus ini, kami ditempatkan di ketiga-tiga  ATCC tadi, dan saya telah ditempatkan di Kuala Lumpur ATCC. Di sini trafik udara adalah real bukan lagi simulasi seperti semasa kursus di MAvA, Di KLATCC ini terdapat 5 sectors, bagi mendapatkan life-rating ataupun lesen ATC saya wajib lulus sekurang-kurangnya 3 sectors. Dengan adanya lesen tadi barulah boleh claim elaun ATC dan pelbagai elaun lain. Alhamdulillah..

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑