HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

Category: Appreciation

Mari menyimpan emas..

Salam semua

Apa khabar kalian semua…agak lama aku tak mencoret di blog aku nih..dah agak bersawang hehehe…

Hari ni aku nak bercerita tentang satu cara untuk kita menyimpan duit kita melalui tabungan EMAS..siapa yang tak kenal dengan emas bukan? Ini bukan skim EMAS yang pernah femes satu ketika dulu tapi ianya merupakan satu kaedah PELABURAN dalam bentuk gram EMAS yang SAH di sisi undang-undang!

Secara konvensionalnya kita akan menyimpan wang kita yang kita perolehi melalui gaji, bayaran perkhidmatan, pembelian produk ataupun servis kita di bank-bank yang sah.. Tetapi melalui cara ini kita boleh tukarkan wang kita kepada bentuk 1 gram EMAS..menarik bukan? TETAPI harus diingat ini bukan suatu bentuk pelaburan jangka masa pendek tapi ianya merupakan jangkamasa panjang dan harga semasa EMAS juga adakala naik dan adakala turun..

Bagaimana caranya? MUDAH sahaja…apa yang aku buat adalah aku register secara online untuk bukak satu akaun di PUBLIC GOLD (PG).. cara nya korang boleh klik di link ini —>>PGREGISTER

Kemudian korang isikan form tersebut dan hantar… seterusnya korang akan dapat notifikasi melalui email daripada PG..pastikan email anda aktif! Korang akan dapat satu akaun sementara tanpa PG code seperti ini PG0011XXXX…PG code ini akan diberikan kepada anda dalam masa 2 hari berkerja… ataupun kalo korang dah tak sabar sangat, korang call branch yang berdekatan dengan korang sila rujuk SINI

Setelah korang dapat PG code tu barulah korang boleh beli minimum 1 gram EMAS.. harga semasa sekarang adalah RM190/gram EMAS…jadi apa tunggu lagi jadikan EMAS sebagai simpanan anda..anda hanya perlu masukkan nilai gram emas yang korang nak beli dan buatlah bayaran melalui online..semudah abc bukan??

DISCLAIMER

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang transaksi anda dan pihak PG!

 

 

Seminar Property Investment by Shahril Sidek & Pie2020

Salam dan selamat sejahtera semua, posting kali ini saya nak kongsikan pengalaman menghadiri seminar Property Investment yang disampaikan oleh otai dalam bidang hartanah dan tidak asing lagi iaitu Shahril Sidek dan Pie2020. Seminar berlangsung pada hari Ahad lepas iaitu pada tarikh 16hb Jun 2013 bertempat di Bilik Seminar Property Investment yang terletak di Taman Kajang Putra. Seminar kali ini dihadiri seramai 29 orang peserta yang rata-rata dari Lembah Klang dan ada juga yang datang dari luar sebagai contoh ada yang dari Pasir Gudang, Johor, Melaka, dan Pantai Timur.

Shahril Sidek in da House

Shahril Sidek in da House

Seminar bermula pukul 9.30AM, dimulakan dengan sesi pengenalan biodata speaker oleh BRADER ni. Aku memang kenal sangat mamat nih sebab dulu pernah satu tempat kerje kat ATCC Subang. Tapi sekarang tidak lagi, since awal tahun 2013 die dah resign daripada kerje Gomen tinggallah aku yang masih lagi ber ‘title’kan EMPLOYEE..hahah layan jer laa..banyak sebenarnya input yang disampaikan daripada basic tentang terma-terma dalam pelaburan hartanah contohnya apa itu S&P/SPA, DOA, Deed of Assignment, POS dan banyak lagi. Disamping pendedahan yang komprehensif mengenai kategori-kategori hartanah yang menyentuh apa itu Hakmilik Kekal (Freehold) yang boleh di bahagikan kepada dua pula iaitu; (a) Hakmilik Kekal Firstgrade dan (b) Hakmilik Kekal (Malay Reserve). Selain itu brader nih sentuh jugak kategori Hartanah Pajakan – 99 tahun, 60 tahun. Penekanan diberikan oleh speaker lebih kepada jual beli rumah secara Subsale dan lelong. Nak tau lebih lanjut butiran dia kenelah register then hadir sendiri ke Seminar Property Investment nih, tak rugi sebenarnya korang cuma bayar sejumlah RM250 untuk dapatkan ilmu tentang pelaburan hartanah nih..memang sangat berbaloi-baloi. Perkongsian yang transparen dan jelas tanpa ada prejudis kasi UP sket hahaha…

Aku paling suke bile tunjuk figure tu baru jelas plus ade sket calculation. Selain itu speaker ajar gak camne nak adjust DSR bagi cantik di mata pihak bank. Penting sebenarnya bile DSR kita cun, so pihak bank takkan ade masalah nak approve loan kita itu sahaja. Seminar berhenti rehat pukul 12.50PM kemudian bersambung di sesi kedua waktu petang pada pukul 1.50PM dan berakhir lebih kurang pukul 6.00PM. Habis jer seminar aku tak terus balik tapi melepak sat ngan Shahril Sidek and Pie2020. Kesimpulannya banyak ilmu yang aku timba daripada seminar nih walaupun ada yang aku dah tahu tapi semakin kita belajar dengan lebih mendalam sesuatu perkara tu rupa-rupanya masih banyak lagi yang kita tak tahu so JANGAN BODOH SOMBONG tak tahu bertanya, sekian.

Antara beli kereta dan beli rumah…

Wujud situasi di mana kita mempunyai naluri untuk memiliki kereta dan rumah sendiri. Persoalannya adakah wajar dan sanggupkah kita membayar instalment bulanan yang tinggi untuk sebuah kereta sahaja? Tetapi kita tinggal di rumah kos rendah atau sederhana..

Orang tua cakap “ukur baju di badan sendiri” bukan dekat badan orang lain..maksudnya bila kita teringin untuk berkereta fikirkan dahulu komitmen yang bakal kita penuhi setiap bulan, bergantung kepada harga kereta tersebut makin mahal kereta tersebut makin tinggi deposit dan bayaran bulanannya yer tak? untuk pengetahuan semua kereta akan susut nilai dengan cepat berbanding rumah, setiap tahun appreciation untuk rumah akan naik at least 6% setahun. Real case study, rumah teres di Taman Maluri K.L, luas binaan 1050sqft, 30 tahun dahulu harga rumah tersebut cuma RM17,000 untuk intermediate dan corner lot dalam RM30,000 ke RM40,000 sahaja. Sekarang market value untuk rumah teres tersebut naik sebanyak RM250,000 ke RM300,000, bayangkan berapakah perbezaan harga rumah 30 tahun dulu dengan nilaian hartanah tersebut pada masa sekarang..mari kita buat calculation berapakah appreciation setahun untuk rumah tersebut;

Appreciation untuk setahun,

[(RM250,000-RM17,000) / RM17,000] x [100% / 30tahun]

[(RM233,000) / RM17,000] = 13.75;

thus     (13.75 x 100%) / 30 tahun = 45.86% setahun

cuba lihat figure appreciation tersebut untuk setahun kenaikan adalah sebanyak 45.86%!!!…untuk sebuah rumah medium cost sahaja, logiknya kenaikan tersebut disandarkan kepada pembangunan infrastruktur, jaringan public transport, jaringan jalanraya yang baik juga berdekatan dengan sekolah dan pelbagai kemudahan lain amnya. Sewa juga boleh dikatakan tinggi juga untuk lokasi ini dan minimum sewa adalah RM800 hingga maksimum RM1200 sebulan.

Sebenarnya bila kita beli sebuah kereta baru, ia akan menambah komitmen bulanan kita dan Debt Ratio (DR) kita akan turut meningkat, sekiranya DR kita melebihi 60% maka ia akan menyulitkan kita untuk membeli dan memiliki rumah selepas itu disebabkan komitmen yang tinggi terhadap kereta. Bagaimana kita boleh mengatasi permasalahan ini dan mengurangkan komitmen bulanan kita..langkah pertama kita boleh beli kereta second hand, caranya mudah sahaja kumpul duit dan beli kereta tersebut, so rekod kita bersih di mata pihak bank ‘0’ komitmen, ataupun kita boleh fikir-fikirkan untuk naik public transport sahaja tanpa perlu berkereta ke tempat kerja kita…Jika ingin juga membeli kereta baharu, tiada masalah TAPI pastikan komitmen untuk bayaran bulanan tidak terlalu tinggi dan menyukarkan kita di kemudian hari. Ramai dikalangan muda-mudi hari ini yang tidak semena-mena menanggung hutang yang tinggi disebabkan gaya hidup yang menjerumuskan diri mereka ke arah hutang dan paling teruk bankrupsi. Jadi sebagai warganegara yang mempunyai intelektual kewangan yang tinggi dan mampan, perkara sebegini dapat kita elakkan dan mengoptimumkan keupayaan kita untuk bebas kewangan insyaAllah..

 

 

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑