HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

About me

Salam dan selamat sejahtera pembuka bicara buat sahabat dan kenalan di luar sana..Mungkin ada yang sudah mengenali saya dan mungkin juga ada yang nak tahu siapa saya, apa yang saya lakukan dan kerjaya saya..baiklah izinkan saya perkenalkan siapa saya dan latarbelakang saya serba sedikit..

Nama penuh saya ialah Mohammad Hafidz bin Ahmad. Saya berasal dari Muar, Johor..Saya pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional atau UNITEN. Pernah berkhidmat sebagai Production Engineer di kilang Pioneer Technology (M) Sdn. Bhd., Muar. Semasa menjawat jawatan sebagai PE di Pioneer, saya pernah dihantar untuk training di Shizuoka, Japan. Suatu pengalaman yang saya tidak dapat lupakan ketika berada di sana. Setahun kemudian, atas dasar ingin cuba sesuatu yang baru, saya telah menyertai syarikat gergasi telekomunikasi dari China iaitu Huawei Technology (M) Sdn. Bhd. sebagai Project Engineer. Antara projek di bawah seliaan saya ialah DiGi 3G Project dan Core Transmission Project untuk Semenanjung dan juga untuk Borneo sites Sabah dan Sarawak. Banyak yang saya pelajari daripada kedua-dua company dari Jepun dan China ni..antaranya sikap tidak pernah putus asa, komited dgn kerja, sentiasa menepati masa dan yang paling utama NEVER say NO to the customers..jadi memang ada baiknya juga Dasar Pandang ke Timur tu sebenarnya…Setahun enam bulan di Huawei saya beralih arah ke bidang yg totally berbeza dengan bidang pengajian saya di universiti dan tidak terlintas sebelum ini untuk memilih kerjaya sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara di Jabatan Penerbangan Awam atau dalam bahasa lainnya Air Traffic Controller (ATC).

Saya sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nurqistina Balqis dan Nurul Sakinah masing-masing berumur 4 tahun dan 2 tahun. Isteri saya pula berkerja sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Bius Hospital Putrajaya. Kini menetap di Taman Maluri, Cheras dan bandar semasa adalah Kuala Lumpur

Serba sedikit pengenalan tentang latarbelakang saya, insya Allah bersambung lagi di post yang lain..terima kasih

1 Comment

  1. Salam En Hafiz, anak saya akan menduduki PAC utk jawatan Pen.Peg.Kawalan Trafik Udara pada 23 Feb 2014 ini. Sukacita sekiranya En Hafiz dapat memberi apa-apa tip utk kemudahan anak saya mengikuti program ini. Diharap En hafiz sudi membantu
    Sekian, t.Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

© 2018 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑