HafidzAhmad's Blog

My Life, My Dreams

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1437H

aidilfitri

Salam Ramadhan 1437H

Salam semua,

Alhamdulillah bersyukur pada Allah S.W.T kerana telah ketemukan kita sekali satu bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak.

Saban tahun juga kita menyambut Ramadhan dengan bersolat Terawikh berjamaah di masjid ataupun surau, bertadarrus dan khatam al-Quran, bersedeqah dan berzakat kepada mereka yang memerlukan. Semoga segala amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan 1437H ini diterima oleh Allah S.W.T hendaknya…

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Ramadhan1437H

Mari bercucuk tanam

Salam semua

Apa khabar semua? Lama sudah aku tak mencoret kat blog nih…bersawang juga aku tengok ahahha…kali ini aku nk berkongsi hobi terbaharu aku iaitu berkebun..

Berkebun nih tidak memerlukan modal yang banyak sebenarnya..cuma kena banyak bersabar dan rajin sikit laaa…Jadi apa yang korang kena ada dan tahu sebelum berkebun??

Pertama sekali korang kena kenalpasti tanaman apa yang korang nak tanam..sayuran…pokok buah-buahan…bunga dalam pasu ataupun tanaman penghias halaman rumah korang..macam aku lebih kepada tanaman sayuran seperti sawi pak choy, bayam, bendi, kobis dan cili merah serta cili padi. Kemudian lihat disekeliling rumah koraang ade tak tanah untuk bercucuk tanam? Jika kawsan ruamh tiada tanah, itu tidak menjadi masalah, anda boleh bercucuk tanam dalam pasu atau pun di dalam polybag.

Setelah itu dapatkan biji benih yang terbaik daripada kedai-kedai yang menjual peralatan untuk berkebun ataupun kedai-kedai hardware tapi tengok jugaklaa tak semua kedai hardware jual biji benih, nak senang pergi sahaja ke nurseri-nurseri berdekatan. Ataupun jika berkesempatan boleh ke MARDI ataupun Jabatan Pertanian yang terdekat untuk mendapatkan biji benih yang terbaik. Ataupun korang boleh semai biji benih yang korang buat sendiri hasil daripada pengeringan sebagai contoh biji cili yang telah dikeringkan.

Peralatan yang digunakan untuk semaian adalah potting pot, potting soil, sarung tangan, dan spray… mula-mula isikan potting tray yang korang beli tu dengan potting soil..setelah kesemua lubang-lubang telah diisikan dengan potting soil, buatlaa lubang sedalam 2mm ke 3mm kemudian masukkanlah biji benih ke dalam lubang tersebut dan setelah itu dikambus.. Jangan lupa untuk siram setiap lubang dengan menggunakan spray mist jangan pakai water jet plak ahahhaha….

IMG_5700

Potting pot yang telah diisikan dengan potting soil

Benih biasannya akan bercambah seawal 3 hari ke tujuh hari in sha Allah… siram setiap potting hole tersebut 2 kali sehari yee..

IMG_5541

Anak benih cili yang sudah bercambah dalam masa 5 hari

IMG_5614

Kotiledon iaitu 2 daun utama yang keluar untuk membantu proses fotosintesis

IMG_6022

Daun baharu sudah mula keluar pada hari ke-14

BOOKING KERETA SEWA SEMPENA CUTI SEKOLAH BULAN MAC 2016

cuti-sekolah

Basikal dan aku..

Salam semua…

Kali ni aku nk bercerita tentang basikal.. sukan berbasikal.. Kita sudah biasa menunggang basikal dari kecil, dari basikal roda tiga kemudian belajar untuk “balance”kan badan menunggang dua tayar plak..terdapat pelbagai jenis basikal dan jenama dari yang murah hinggalah ada yang mencecah ratusan ribu ringgit!

Berbalik pada sukan berbaskal, jenis dan disiplin juga berbeza-beza. Ada Mountainbike, roadbike, hybrid dan macam-macam lagi.. Untuk sukan Mountainbike ini, terdapat model “Hardtail’ dan “Full suspension” yang digunakan untuk disiplin yang berlainan. Bagi mereka yang menggemari Cross Country (XC), jenis basikal yang digunakan adalah hardtail, manakala mereka yang menggemari sukan basikal lasak dan lebih ekstrim biasanya akan memilih basikal Fulsus (Full suspension). Kerangka basikal untuk Hardtail dan Fulsus juga amat berbeza, di mana Fulsus terdapat “Rear Shock” yang bertindak menyerap hentakan di bahagian belakang. Tidak seperti Hardtail yang hanya mempunyai suspension di bahagian hadapan sahaja iaitu Fork hadapan.

fdf1269531

Jenis basikal Hardtail

nomad-black_1_1_1 (1)

Jenis basikal Fulsus

Fork hadapan ini juga berbeza untuk disiplin yang berlainan bermaksud fork yang digunakan untuk basikal jenis Hardtail dan Fulsus tidak sama dari segi “Travel” atau dalam bahasa lain berapa dalam Fork tersebut boleh dimampatkan. “Short travel” (120mm atau kurang) untuk Cross Country (XC), Medium (130-160mm) untuk “Trail bike” atau “All mountain” riding. Manakala¬†160mm atau lebih sesuai untuk disiplin “Downhill” ataupun “Freeride”.

 

forks

Fork hadapan (Front Suspension)

 

61tPIbEboXL._SY355_

Rear Shock

 

Aku meminati sukan Mountainbike sejak tahun 2012 lagi.. basikal pertama yang aku beli adalah model Rochhopper daripada jenama Specialized. Sesuai dengan entry level aku dan juga bajet aku waktu itu.. Sebelum membeli basikal ada beberapa tips yang perlu dipertimbangkan antaranya:

  1. Kenal pasti bajet anda terlebih dahulu
  2. Tetapkan jenis basikal dan disiplin yang anda minati.
  3. Buatlah survey dan tanya kepada mereka yang pakar tentang basikal yang ingin anda beli.
  4. Pastikan saiz basikal bersesuaian dengan tubuh anda, jangan beli salah saiz kerana saiz yang salah akan membuatkan anda letih dan penat mengayuh basikal tersebut
  5. Kenal pasti juga tujuan anda berbasikal untuk apa? untuk kesihatan ataupun untuk show off ahahaha..

Selamat berbasikal semua dan berhati-hatilah ketika menunggang basikal di jalanan!!

Travelog KL-Kota Bharu

Salam semua..

Pada 25hb Januari 2016 yang lepas aku berkesempatan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu negeri yang tidak asing lagi Negeri Kelantan Darul Naim!

Aku ke sana menaiki penerbangan Air Asia Airbus A320.. Berlepas jam 2.30ptg dr Lapangan Terbang KLIA 2 dan selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Bharu jam 3.30ptg. Alhamdulillah cuaca cerah sepanjang penerbangan dari KL ke KB.

image

Ketinggian 25000 kaki di udara

image

Selamat datang ke KB..Sungai Kelantan

Bagi memudahkan pergerakan aku di Kota Bharu, aku telah menyewa kereta Perodua Axia, kereta tersebut aku sewa daripada KLezcar Kota Bharu. Lebih kurang 30minit menunggu, kereta sewa yang aku telah tempah 3 minggu lebih awal selamat tiba. Setelah memasukkan kesemua beg ke dalam bonet kereta, aku buka GPS dan destinasi pertama aku adalah Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Pusat Kraf Kota Bharu. Setelah itu aku ke Hotel Tune yang terletak bersebelahan KB Mall untuk check-in dan berehat. Oleh kerana agak kepenatan aku lepak sahaja hotel dan makan malam aku hanya di Restoran Burger King yang terletak di KB Mall.

Sarapan pagi di Kota Bharu tidak lengkap jika tidak singgah bersarapan di Warung Kopi Din Tokyo. Warung ini berdekatan dengan Hotel Temenggong Kota Bharu dan tidak jauh dari Mydin Mall KB. Pagi itu aku memilih menu Nasi Air Dingin, Telor Taliban a.k.a telor setengah masak dan Kopi.

IMG_1012

Kedai Kopi Din Tokyo

IMG_1047

Nasi Air Dingin aka nasi berlauk

IMG_1190

Pak Din in action

Antara tempat menarik aku singgah di KB adalah Masjid Negeri Muhammadiah, Tambatan Diraja, dan Pasar Besar Siti Khadijah.

IMG_1131

Masjid Muhammadiah

IMG_1144 (1)

Bahagian dalam Masjid Muhammadiah

IMG_1139

Bahagian luar Masjid

IMG_1135

Beduk

IMG_1134

Pintu masuk utama

IMG_1130

Menara Tambatan Diraja

IMG_1121

Pemandangan dari atas Menara Tambatan Diraja

IMG_1107

Sungai Kelantan

Sekiranya anda menaiki menara yang terletak di Tambatan Diraja ini anda boleh melihat Sungai Kelantan dan jika anda menghadap ke arah bandar Kota Bharu anda boleh nampak Masjid Muhammadiah dari atas, angin juga agak kencang ketika aku naik menara ini, hehehe…pemandangan dari atas menara ini memang cun!!

 

KLezbike dan Harley Davidson di Port Klang

KLezbike diberi kepercayaan untuk menyediakan perkhidmatan sewaan HD bagi Kapten dan krew kapal persiaran Aida Bella yang berlabuh di Boustead Cruise Centre Port Klang!

Rata-rata krew kapal ini berasal dari negara Germany. Mereka singgah sebentar di Port Klang sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya iaitu Singapura dan kemudian ke Hanoi, Vietnam sebelum berpatah balik ke Koh Samui.

Kepada mereka yang berkeinginan menunggang dan merasai deruman motorsikal Harley Davidson boleh hubungi kami KLezbike di talian +6016-6665859!

YEAR END PROMOTION

Salam dan selamat sejahtera…
Barangsiapa yang tercari-cari kereta sewa untuk pergi bercuti atau apa jua kegunaan sekalipun boleh hubungi KERETA SEWA MALURI.
Rugi jika lepaskan peluang menikmati penjimatan di hujung tahun ini!!

 

yespromo

Sarapan satay di Muar..

Salam semua..

Hari Ahad lepas aku berkesempatan membawa famili aku bersarapan di Muar Bandar Maharani. Kedai yang menjadi pilihan kami pagi itu adalah Satay Warisan yang terletak berhadapan dengan Ibusawat Telekom Muar. Terdapat deretan kedai yang menjual satay, mee rebus, lontong dan soto Muar.

Seperti biasa kami memesan satay, selain itu aku memesan lontong sebagai juadah pembuka selera…memang sedap lontong yang dijual di sini, kena dengan selera tekak aku ahahaha…famili aku yang lain ada yang memesan mee rebus dan soto Muar. Alhamdulillah kenyang kami pagi itu.. apa tidaknya 134 cucuk satay kami makan ahaha…

Usai bersarapan kami sekeluarga ke Tanjong Mas yang terletak tidak jauh dari situ..

20151108_103900

Peace Bro!!.. Bakar bro jangan tak bakar!!

20151108_103924

Satay Warisan

« Older posts

© 2016 HafidzAhmad's Blog

Theme by Anders NorenUp ↑